• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Ratifikasi ICERD Tindakan Berani – MB Terengganu

oleh Ahmad Albab
24/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu menyifatkan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) sebagai satu tindakan berani.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata Dr Mahathir mengambil tindakan tepat demi keharmonian negara walaupun berdepan tekanan beberapa negara luar selain pihak tertentu dalam negara.

“Kita nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengambil tindakan yang sangat berani untuk tidak bersetuju meratifikasi ICERD walaupun mendapat tekanan di peringkat antarabangsa oleh negara tertentu dan tekanan dalaman oleh pihak tertentu.

“Bagi kerajaan negeri, kita memang membantah usaha untuk meratifikasi ICERD yang kita lihat menimbulkan kecelaruan anggota masyarakat yang membuat bantahan dan boleh menimbulkan suasana tegang.

“Sepatutnya, selepas PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14) adalah tempoh untuk melaksanakan kerja bukan mencari masalah baharu yang boleh memporak-perandakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada NSTP selepas meraikan atlet Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 Marang di sini, malam tadi.

Semalam, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini,” menurut kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri. – BH ONLINE

Tags: Dr Ahmad Samsuri MokhtarICERD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd