• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultanah Nur Zahirah Saman Fitnah Clare

oleh
21/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah hari ini memfailkan saman terhadap pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Recastle-Brown dan dua pihak lagi berhubung kenyataan fitnah dalam buku ‘The Sarawak Report:The Inside Story of the 1MDB Expose’.

Peguam Datuk Mohd Haaziq Abdullah, yang mewakili Sultanah Terengganu, berkata selain Clare, turut dinamakan sebagai defendan dalam saman fitnah itu ialah penerbit tempatan Gerakbudaya Enterprise dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd.

Mohd Haaziq berkata anak guamnya mengambil keputusan untuk meneruskan tindakan saman itu berikutan kesemua pihak terlibat gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes.

“Semalam, pihak kami mendapat titah dari Istana untuk meneruskan dengan writ saman selepas pihak-pihak terlibat tidak berjaya capai penyelesaian.

“Ada tawaran yang dibuat oleh defendan tetapi bukan seperti mana yang pihak kami perlukan dalam tuntutan itu. Jadi, terma-terma penyelesaian gagal dicapai,” katanya yang turut memaklumkan perbincangan untuk menyelesaikan kes itu mengambil masa hampir dua bulan.

Bagaimanapun, peguam itu berkata butiran lanjut mengenai isi kandungan saman berkenaan tidak dapat didedahkan kepada pihak media sehingga kes itu disebut di mahkamah.

Mohd Haaziq, yang memfailkan saman itu melalui sistem e-pemfailan pada jam 2 petang tadi, berkata demikian pada sidang media di pejabatnya dekat sini, hari ini.

Peguam itu turut memaklumkan bahawa kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 19 Disember ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, K. Pavani.

Mohd Haaziq berkata pihaknya juga akan menghantar sesalinan tuntutan saman itu menerusi e-mel kepada peguam Americk Sidhu, yang mewakili kesemua defendan, hari ini.

Mohd Haaziq turut mendedahkan kewujudan buku ‘The Sarawak Report:The Inside Story of the 1MDB Expose’ Edisi Kedua kepada pihak media dan kewujudan buku itu hanya diketahuinya pada 1 Oktober, selepas pihaknya mengadakan sidang media sebelum ini pada 29 September lepas.

“Buku edisi kedua itu berbeza dengan buku edisi pertama kerana buku edisi pertama menyatakan ia membabitkan isteri kepada Sultan Terengganu iaitu Sultanah Nur Zahirah manakala edisi kedua pula menyatakan ia membabitkan adinda Sultan Terengganu.

“Pihak kami akan mengemukakan perkara ini di mahkamah nanti,” katanya yang turut memaklumkan anak guamnya menuntut ganti rugi dalam saman berkenaan.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah peguam Mohd Hilmi Sarbini dan Vishu Kumar, yang turut mewakili Sultanah Terengganu.

Pada 29 September lalu, surat tuntutan telah dikemukakan kepada ketiga-tiga pihak itu bagi menuntut permohonan maaf secara bertulis serta ganti rugi RM100 juta daripada setiap mereka berhubung kenyataan fitnah dalam buku berkenaan.

Clare didakwa membuat kenyataan memfitnah di dalam buku itu yang mengaitkan Sultanah Terengganu dengan Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho serta skandal 1MDB. – BERNAMA

Tags: kes samanSultanah Nur Zahirah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

26/05/2025
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, menolak rayuan akhir Public Bank Bhd untuk mengetepikan saman RM560 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd