• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Terengganu Seru Muslim Amal Islam Sebenar

oleh
20/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Umat Islam diseru mengamalkan ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bagi mengelak daripada terjerumus dengan anasir tidak sihat seperti ajaran sesat.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya umat Islam sentiasa mencontohi dan menerapkan ajaran yang dibawa Rasullullah SAW di dalam kehidupan seharian termasuk dalam aspek pergaulan dan tutur kata yang secara tidak langsung akan memberikan gambaran positif mengenai golongan muslim kepada masyarakat lain.

“Amalan dan ajaran Rasulullah SAW hendaklah dihayati dan terjemahkan ke dalam segenap inci kehidupan umat Islam hari ini.

“Pelbagai anasir tidak sihat seperti ajaran sesat dan keganasan yang berleluasa berpunca daripada ketirisan masyarakat Muslim terhadap ajaran Rasulullah,” titahnya pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Majlis sambutan Maulidur Rasul tahun ini yang bertemakan ‘Menyantuni Ummat Membawa Rahmat’ dihadiri kira-kira 2,000 orang yang terlebih dahulu menyertai perarakan dari Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu ke Stadium Negeri, Kuala Terengganu, diketuai Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. – BERNAMA

Tags: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Puluhan Masjid Di Indonesia Sebar Fahaman Ekstrem

Next Post

Makin Ramai Amah Di Singapura Pinjam Ah Long

Related Posts

Sultan Mizan Rasmi Bangunan Baharu KTS Hospital

02/08/2018
0

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenaan berangkat merasmikan Kuala Terengganu Specialist (KTS) Hospital yang...

Kehebatan Sultan Mizan Demi Negara & Sifat Rendah Diri

22/08/2017
0

KUALA TERENGGANU – Senyuman Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin diiringi tindakan spontan tuanku mengucap terima kasih sambil menggosok bahu...

Next Post

Makin Ramai Amah Di Singapura Pinjam Ah Long

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd