Friday, December 1, 2023

Creating liberating content

AWAS, KEJARA Dilaksana Di...

BATU PAHAT - Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan...

Malaysia Football League Tak...

SHAH ALAM – Malaysia Football League (MFL) mengesahkan bahawa hukuman denda yang dikurangkan...

Polis Giat Memburu Lima...

PAPAR: Polis mempergiatkan usaha mengesan lima lelaki warga Filipina yang meloloskan diri dari...

2,408 Pelajar Raih Mumtaz...

KOTA BHARU - Seramai 2,408 daripada 6,223 calon peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU)...

Sultan Nazrin Ziarah Muhammad Adib Di IJN

KUALA LUMPUR – Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan menziarahi anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, di Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur, hari ini.

Muhammad Adib mengalami kecederaan parah selepas terbabit dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selasa lalu.

Baginda yang berangkat tiba kira-kira jam 9.10 pagi itu diiringi Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid, ke bilik pesakit di tingkat 1 Unit Rawatan Rapi (ICU), IJN.

Terdahulu, NSTP melaporkan Kementerian Kesihatan dan Institut Jantung Negara (IJN) masih dalam proses untuk menyediakan laporan perubatan Muhammad Adib.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya yakin ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.


Katanya, laporan itu penting bagi mengenal pasti tahap dan punca kecederaan dialami mangsa. – BH ONLINE

Kategori