Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Wisma Putra Nafi Beri...

SANGKAL... Wisma Putra menegaskan ia tidak sokong Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian...

Lain Dipesan, Lain Yang...

SUBANG JAYA – Yang dipesan cendol biasa tetapi yang dihidangkan cendol berisi lipas!...

KDN Teliti Hasil Laporan...

PETALING JAYA : Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneliti laporan salah laku membabitkan pegawai...

Kerajaan Perlu Segerakan RUU...

JOHOR BAHRU : Kerajaan digesa menyegerakan pembentangan rang undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti...

Suami Maut, Isteri Parah

KULIM – Seorang maut manakala tiga lagi ahli keluarganya cedera selepas kereta dinaiki mereka merempuh kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 21.3 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, pemandu kereta Proton Wira, Dee Hang Tick, 53, meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah, manakala isterinya, Li Li Ping, 34, parah dan dua anak mereka berusia 10 dan tujuh tahun cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar, berkata kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima berhenti di lampu isyarat sebelum dirempuh kereta Proton Wira dari arah belakang.

“Hasil siasatan awal mendapati dua kenderaan terbabit datang dari arah sama iaitu Butterworth menghala ke Padang Serai.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu Toyota Estima memberhentikan kenderaan di lampu isyarat merah, bagaimanapun kereta Proton Wira yang datang arah belakang merempuh kenderaan berkenaan,” katanya.

Ahmad Nasir berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat, manakala tiga lagi mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital sama.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori