• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Streram Serah Kepada Pucuk Pimpinan Parti

oleh
25/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S. Streram menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan calon yang sesuai mewakili parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Bekas calon PKR bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas berkata beliau bersedia membantu parti sekiranya beliau tidak dipilih sebagai calon.

“Walaupun nama saya adalah seorang daripada tiga nama, tetapi Cabang Rembau telah menyenaraikan lima nama kepada pimpinan tertinggi parti di Negeri Sembilan dan pusat. Saya yakin dapat sokongan daripada pemimpin atasan sebab saya dah bekerja di DUN Rantau selama tiga tahun.

“Sekiranya saya tidak dicalonkan saya akan beri sokongan kepada calon yang dipilih. Ini bukan kerana hal peribadi saya ini hal parti. Walaupun tidak tercalon, saya akan berkerja untuk calon yang diumumkan PKR mewakili Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi kerusi ini,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Pada Rabu lepas, Pengerusi PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun dipetik sebagai berkata PKR negeri itu mencadangkan tiga nama termasuk Dr Streram untuk dicalonkan bagi PRK DUN Rantau dan namanya adalah keutamaan.

Pakar bius itu berkata dalam keadaan landskap politik semasa yang memihak kepada PH, beliau yakin parti itu mampu memenangi kerusi DUN Rantau.

Dalam pada itu, beliau yang menjangkakan PRK berkenaan diadakan hujung Disember ini berkemungkinan akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru seandainya PAS mengumumkan untuk bertanding.

“Saya nampak peluang kepada saya jika dicalonkan amat cerah untuk menang iaitu sekitar 60 peratus,” katanya.

Ditanya, sama ada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen DUN Rantau, Dr Streram berkata dalam pengetahuannya, setakat ini belum lagi.

“Dia (Mohamad) ada masa sehingga 30 Nov ini untuk merayu di Mahkamah Persekutuan, hari Isnin (3 Dis) sijil kekosongan akan dikeluarkan mahkamah. Jadi saya jangka PRK ialah pada penghujung Disember,” katanya.

Pada 28 April lepas, Dr Streram tidak dibenarkan bertanding dalam PRU14 ekoran ketiadaan pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memasuki pusat penamaan calon dan lantaran itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, diumumkan menang tanpa bertanding kerusi tersebut.

Pada 23 Mei lepas, Dr Streram memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon PRK DUN itu diadakan semula, kerana mendakwa penyandangnya, Mohamad tidak dipilih secara sah dan terbatal.

Pada 16 Nov lepas, Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini memutuskan PRK DUN Rantau perlu diadakan serta merta berikutan kemenangan Mohamad di kerusi itu adalah tidak sah dan terbatal. – BERNAMA

Tags: Dr S.Streram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Mengecewakan’ Jika Benar Streram Gesa Pengundi – SPR

13/04/2019
0

RANTAU - Calon Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang sedang berjalan hari...

Rafizi Suruh Streram Rempuh Polis Pada PRU14

11/04/2019
0

SEREMBAN - Rafizi Ramli mengakui beliau mengarahkan Dr Streram Sinnasamy merempuh halangan polis selepas calon Pakatan Harapan (PH) itu dihalang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd