• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Speaker Tolak Usul Insiden Rusuhan Kuil

oleh Ahmad Albab
29/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usul tergempar yang dikemukakan oleh anggota Parlimen untuk membahaskan di Dewan Rakyat berkenaan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya, ditolak.

Perkara itu diumum Yang DiPertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Ariff Md Yusof pada persidangan Dewan Rakyat hari ini apabila beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ronald Kiandee (BN-Beluran) sama ada usul beliau ditolak dan usul yang sama oleh pihak penyokong kerajaan diterima.

Pada Selasa lepas, anggota Parlimen kedua-dua belah pihak telah mengemukakan dua usul mengenai perkara itu secara berasingan kepada Mohd Ariff.

Fahmi Fadzil (PH-Pantai Dalam) telah mengemukakan usul itu bagi pihak pengubal undang-undang penyokong kerajaan dan anggota Parlimen Bebas manakala Kiandee mewakili pembangkang untuk mengemukakan usul tersebut, supaya ia dapat dibahaskan hari ini.

Mohd Ariff menjelaskan beliau juga telah memaklumkan kepada pihak penyokong kerajaan mengenai keputusan itu.

“Tidak. Mereka pun dah dibagitahu. Kedua-dua usul ditolak,” kata Mohd Ariff.

Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat kenyataan penerangan di bawah Peraturan Mesyuarat 14 (i) bagi menjelaskan isu kekecohan di kuil berkenaan dalam Dewan Rakyat. – BERNAMA

Tags: RusuhanSpeaker Dewan Rakyat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terserah Kerajaan Negeri Jika Mahu Ambil Alih Kuil

Next Post

Tiada Pengesahan Agong Telah Berkahwin – PM

Related Posts

Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 Lelaki Dibebaskan

Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 Lelaki Dibebaskan

27/06/2023
0

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret hari ini melepas dan membebaskan 17 lelaki atas tuduhan merusuh di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ...

Speaker Dewan Rakyat Syor PLKN Dikembalikan Semula

Speaker Dewan Rakyat Syor PLKN Dikembalikan Semula

03/06/2023
0

BANGI: Negara perlu membuat persediaan awal melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis supaya masa hadapan Malaysia dapat menjadi lebih baik. Ikuti...

Next Post

Tiada Pengesahan Agong Telah Berkahwin - PM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd