• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Tutup Portal Antikerajaan Bongkar Skandal PM

oleh
10/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Setelah malu pendedahan States Times Review mengenai Perdana Menteri, Lee Hsien Loong terlibat dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Singapura mula bertindak keras!

Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) republik itu dilaporkan oleh stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia (CNA) hari ini telah berjaya sekat akses netizen layari portal berita antikerajaan berkenaan.

Sebelum itu, media tempatan melaporkan IMDA kelmarin telah arah supaya States Times Review untuk segera buang rencana mengaitkan Hsien Loong dengan siasatan 1MDB yang melibatkan pemimpin negara jirannya.

Ia susulan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyifatkan rencana laman sesawang itu sebagai tidak berasas dan berunsur fitnah. Artikel itu tular di republik tersebut, malah ramai netizen tidak percaya penafian pihak MAS.

Situasi itu telah memaksa Menteri Undang-Undang merangkap Hal Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam menyelar dakwaan rencana tersebut sebagai tidak masuk akal selepas dapati ia turut diterbitkan beberapa media di Malaysia.

CNA melaporkan artikel States Times Review itu boleh diakses selepas jam 5 petang semalam, tempoh akhir yang diberikan IMDA untuk dipadam dan sejurus pukul 9 malam, laman tersebut tidak dapat diikuti lagi oleh pengguna.

Tindakan kejam IMDA itu mengakibatkan pengasas portal itu, Alex Tan Zhixiang luah niat tutup laman alternatif tersebut – yang amat popular dalam kalangan rakyat Singapura; jika gagal dibuka semula dalam tempoh terdekat.

Portal berpangkalan di Australia itu asalnya dinamakan Straits Times Review, sindiran terhadap akhbar ternama milik pemerintah, The Straits Times; sebelum diancam saman oleh media berkenaan kerana eksploitasi nama itu.

Ramai pembaca keliru dengan nama tersebut dan sangka ia sebagai laman ulasan The Straits Times, malah portal itu lebih popular kerana artikel disiarkan agak telus papar kritikan rakyat terhadap kelemahan kerajaan Singapura.

Ini termasuk pendedahan eksklusif skandal Temasek Holdings, sayap pelaburan pihak pemerintah dan Kementerian Kewangan, yang ‘dikuasai’ isteri Hsien Loong sendiri apabila catat kerugian jauh lebih buruk daripada kes 1MDB.

Tan yang turut tadbir laman The Real Singapore, sering jadi sasaran netizen prokerajaan dan didakwa konon putar belit sesuatu isu kontroversi berbanding apa dilaporkan media Singapura yang dikerah sorok segala aib pemerintah.

“Bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa penutupan ini dilakukan atas kerelaan saya dan bukan disebabkan tekanan sesiapa atau pemerintahan diktator Singapura,” kata beliau dalam satu hantaran menerusi akaun Facebook.

Tan mendakwa laman itu “disekat atas dakwaan jahat konon siar ‘berita palsu dan fitnah jenayah’ oleh pemerintah diktator” serta akan “ditutup memandangkan portal ini kehilangan saluran untuk dekati warga Singapura sendiri”.

Beliau menambah “akan henti menulis dan terus kehidupan di Australia” tetapi “mengorbankan pasport Singapura saya adalah hadiah terakhir saya buat Singapura dan rakyat Singapura yang saya cintai,” katanya. – Mynewshub.TV

Tags: Singapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Sindir ‘U-Turn’ PH Terus Baucar Buku

Next Post

PH Akhirnya ‘Bakul Sampah’ Janji Manifesto Sendiri

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

PH Akhirnya 'Bakul Sampah' Janji Manifesto Sendiri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd