• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang DUN Melaka Lulus Usul Tubuh MELCAT

oleh
16/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan usul menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Bagi Negeri Melaka (MELCAT).

Usul itu dicadangkan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari (PAN-Bukit Katil) dan disokong Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka, Noor Effendi Ahmad (PPBM-Telok Mas) sebelum dibahas dan diluluskan dengan undian tertinggi.

Bagaimanapun, usul penubuhan MELCAT, yang beri ruang seluas-luasnya kepada rakyat termasuk penjawat awam buat aduan terus tentang isu melibatkan pentadbiran kerajaan, tidak dibahaskan dan diundi oleh anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang.

Ia berikutan, anggota DUN pembangkang sebelum itu bertindak keluar dewan kerana bantah keputusan speaker mengarahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) keluar dewan setelah ingkar arahan untuk duduk dan berterusan bantah keputusan speaker atas usul lain.

Adly ketika mencadangkan usul itu berkata tujuan utama penubuhan MELCAT adalah untuk membantu kerajaan mengurus isu-isu penting negeri tanpa menjejaskan kelangsungan pentadbiran negeri Melaka keseluruhannya.

Beliau berkata MELCAT bersifat membantu mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan dan bukan menghukum mana-mana individu.

“Barisan kepimpinan ini memerlukan sentuhan elemen semak dan imbang dalam memastikan kerajaan negeri kekal fokus dan berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat dan negeri ini.

“Sebagai jawatankuasa ditubuhkan di bawah kuasa Dewan Undangan Negeri, MELCAT tidak akan dipengaruhi dan tidak mempunyai anggota eksekutif supaya setiap teguran dan cadangan adalah telus dan ikhlas tanpa berselindung atau mempunyai kepentingan peribadi,” kata Adly.

MELCAT akan dipengerusikan Damian Yeo Shen Li (DAP-Duyong) dan dianggotai Alex Seah Shoo Chin (DAP-Kesidang); Datuk Dr Wong Fort Pin (DAP-Bemban); Gue Teck (PKR-Klebang); Datuk Roslan Ahmad (BN-Merlimau) dan Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor).

Sementara itu ketika ditemui di luar persidangan itu, Adly berkata melalui MELCAT suara rakyat dapat didengar dengan jelas dan berkesan kerana siasatan awam dibenarkan, malah siasatan itu dijalankan dengan cara pendengaran awam yang mana semua boleh dipanggil termasuk Ketua Menteri Melaka sendiri.

“Sebenarnya tujuan kita, dengar suara bukan sahaja rakyat tetapi juga penjawat awam terutama peringkat pelaksana seperti seseorang lakukan kerja pembersihan sungai, mereka boleh beri cadangan kepada MELCAT…dengan adanya MELCAT semua pihak, suara mereka didengar.

“Saya fikir penjawat awam kumpulan paling gembira dengan MELCAT kerana apa kita lakukan ini dihargai kerana kita nak beritahu ini dibuat penjawat awam selama ini, kita hubungkan rakyat dengan penjawat awam, dengan laporan MELCAT itu kita hubungkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: MELCAT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd