• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setelah 6 Bulan, Barulah Pengerusi PTPTN Minta Maaf

oleh
12/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUDAHNYA… Selepas enam bulan Pakatan Harapan (PH) dikutuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana gagal tunai janji, pengerusinya kini tampil minta maaf!

Media tempatan melaporkan, Wan Saiful Wan Jan terpaksa ambil pendekatan mudah itu dengan hanya mohon maaf ekoran kerajaan PH gagal tangguh pembayaran hutang sehingga gaji peminjam cecah RM4,000 sebulan.

“Saya hendak buat permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana tidak dapat tunaikan janji ini,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Wilayah Persekutuan ke-10.

Wan Saiful ketika berucap di ibu negara hari ini sekadar berdalih dengan dakwa setelah berbulan-bulan fikirkan cara, beliau akur janji itu tidak dapat ditunaikan meskipun ramai yang tuntut kerajaan PH lunaskan janji tersebut.

Katanya, hal tersebut diputuskan kononnya selepas beliau terkejut melihat jumlah hutang negara yang amat tinggi dan keperluan pelajar baharu yang memerlukan dana, serta kutipan rendah hasil bayaran balik peminjam terdahulu.

Menurut Wan Saiful, beliau sendiri yang merangka manifesto 10 janji manis PH bagi kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu termasuk isu berkaitan penghapusan hutang PTPTN setelah dapat input daripada pelbagai pihak.

“Ketika itu saya tidak tahu hutang negara dan hutang PTPTN banyak dan (kini) hutang yang kami tanggung sudah jadi bebanan negara pula,” dalihnya ketika beri alasan pelik tersebut sehingga cetus pelbagai persoalan cepumas.

Justeru menerusi pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah minta semua, peminjam PTPTN waima bergaji serendah RM1,000 untuk segera perlu bayar balik pinjaman tersebut.

Saranan Setiausaha Agung DAP itu jelas bangkit kemarahan peminjam yang terpedaya mengundi PH pada PRU lalu dengan harapan tunggakan hutang PTPTN itu dapat dimansuhkan kerajaan baharu. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: PTPTNWan Saiful Wan Jan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd