• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Renjer Maut, Seorang Lagi Parah Ditembak Di Pattani

oleh Ahmad Albab
03/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PATTANI – Seorang anggota Renjer maut manakala seorang lagi cedera parah akibat ditembak individu tidak dikenali di sebuah pasar malam di daerah Yaring, wilayah bergolak Pattani di selatan Thailand.

Penolong Ketua Polis daerah Kapt Jettarin Jetanurak berkata, kejadian berlaku ketika mereka sedang mengawal keselamatan pasar malam itu di Kampung Tanjung Dalo, kira-kira 6 petang waktu tempatan semalam.

“Kedua-dua mangsa berusia 22 dan 23 tahun ditembak daripada jarak dekat dengan pistol 9mm, ” katanya kepada pemberita hari ini dan menambah, salah seorang mangsa kemudiannya meninggal dunia di hospital berhampiran.

Mangsa kedua pula dilaporkan dalam keadaan parah dan tidak sedarkan diri, katanya.

Jetanurak berkata, kejadian berlaku ketika pasar malam itu sibuk dengan orang ramai sedang membeli-belah barangan keperluan.

Katanya, kejadian dipercayai dilakukan empat penyerang yang tiba di lokasi kejadian menggunakan dua buah motosikal, dengan dua daripada mereka mendekati anggota Renjer itu sebelum melepaskan beberapa das tembakan.

Dua lagi penyerang bertindak melarikan senapang M-16 dibawa anggota Renjer itu yang rebah berlumuran darah, katanya.

Pihak berkuasa menemui tiga kelongsong peluru 9mm di lokasi kejadian. – BERNAMA

Tags: pataniRenjer Thailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

9 Renjer Thai Cedera, Termasuk 3 Parah Di Pattani

11/01/2018
0

PATTANI – Sembilan anggota Renjer Thailand cedera, tiga daripadanya parah apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terkena letupan bom...

MARA Patani Nafi Tak Bersedia Untuk Zon Selamat

18/09/2017
0

BANGKOK - Majlis Syura Patani (MARA Patani) menafikan dakwaan bahawa kumpulan itu belum bersedia bagi pelaksanaan Zon Keselamatan di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd