KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas berhampiran Masjid Bandaraya Likas, Jalan Tuan Fuad Stephens, dekat sini.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata mangsa Karbi Ali, 24, yang cedera parah dalam kemalangan kira-kira pukul 9.30 malam tadi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 2 pukul 10.30 malam.
“Penumpang wanita berusia 23 tahun itu yang cedera parah kini masih menerima rawatan di hospital yang sama.
“Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Karbi dari pusat membeli belah One Borneo menuju ke pusat bandar hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dan terhumban ke dalam parit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
*Sekadar Video Hiasan..

