• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selebriti Hilang Rumah, Lebih 200 Masih Hilang

oleh Ahmad Albab
13/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Penyanyi Miley Cyrus dan Neil Young antara ratusan penduduk yang kehilangan rumah dalam kebakaran hutan yang memusnahkan sebahagian bandar tepi laut California di Malibu, masuk hari keempat semalam.

Cyrus menulis di Twitter, beliau ‘amat sedih dengan kebakaran hutan yang berlaku di kawasannya.’

“Saya antara yang bertuah. Haiwan peliharaan dan orang tersayang berjaya menyelamatkan diri dan itu yang penting ketika ini. Rumah saya tidak lagi berdiri namun memori yang dikongsi bersama keluarga dan rakan masih utuh,” tambahnya.

Cyrus bertunang dengan aktor Liam Hemsworth.

Sementara itu, Lady Gaga dan anggota keluarga Kardashian berkata, mereka terpaksa meninggalkan kediaman akibat ‘Woolsey Fire’, yang dikatakan pihak berkuasa bomba memusnahkan lebih 370 struktur dan hanya 20 peratus dibendung pagi semalam. Dua dilaporkan maut.

Young menulis di laman webnya, ‘berlaku sesuatu yang besar dan tidak pernah dilihat’ di California sebelum ini.

“Anggota bomba tidak pernah menyaksikan sesuatu seperti ini sepanjang hidup mereka. Saya mendengar perkara itu banyak kali sejak dua hari lalu dan saya kehilangan rumah sebelum ini akibat kebakaran di California, kali ini sekali lagi,” tulisnya.

Pelakon ‘Gods of Egypt’, Gerard Butler menghantar gambar dirinya di hadapan rumahnya yang terbakar di Twitter.

Pelakon Gerard Butler menunjukkan gambar dirinya di hadapan rumahnya yang terbakar di Twitter. -Foto Instagram

“Saat menyayat hati di seluruh California,” katanya. Bintang ‘Real Housewives’, Camille Grammer juga berkata di Instagram, dirinya hilang tempat tinggal.

Ahad lalu, Kim Kardashian bercakap mengenai ‘minggu amat sukar’ di kawasan kediamannya yang diarah berpindah, Calabasas serta bersebelahan, Thousand Oaks, tapak pembunuhan beramai-ramai yang meragut 12 nyawa.

Charlie Sheen pula menulis di Twitter Jumaat lalu, beliau gagal mengesan ibu bapanya, bekas bintang ‘West Wing’, Martin Sheen dan isterinya, Janet. Seorang kru berita televisyen menemui Martin selamat malam Jumaat lalu di Pantai Zuma, Malibu dan ‘kemungkinan pasangan itu terpaksa bermalam dalam kereta.’

Dalam pada itu, 228 orang dilaporkan hilang dalam kebakaran terburuk pernah dicatat di California, satu daripada dua kebakaran dahsyat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang dan memaksa lebih suku juta pemindahan.

Camp Fire yang berlaku 64 kilometer di barat laut Sacramento membakar lebih 6,700 rumah dan kedai di bandar Paradise. –Reuters/BH ONLINE

Tags: Kebakaran hutanSelebriti Hollywood
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

03/03/2024
0

JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia bersama pihak berkepentingan bersiap sedia melaksanakan strategi pembenihan awan yang dijangka bermula bulan...

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

11/06/2023
0

ASTANA: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kebakaran hutan besar-besaran berlaku di timur laut Kazakhstan. Ikuti Mynewshub: Telegram Ia merupakan angka kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd