• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sektor Pembuatan Dijangka Naik 4.7% Tahun Depan

oleh Cj Mnh
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sektor pembuatan dijangka berkembang 4.7 peratus tahun depan disokong oleh industri berorientasikan eksport berikutan perkembangan berterusan dalam subsektor elektrik dan elektronik (E&E) serta kimia dan produk kimia.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan hari ini, pertumbuhan dalam output E&E akan terus meningkat disebabkan oleh peningkatan penggunaan alat boleh dipakai dan aplikasi rumah pintar.

Perkembangan tersebut selaras dengan penumpuan ke arah teknologi digital dan inovasi reka bentuk litar elektronik bersepadu bagi mengadaptasi Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0), katanya.

Menurut laporan itu, dalam industri kimia pula, pengeluaran petrokimia dan kimia oleo dijangka mendapat manfaat daripada lebihan pengeluaran bahan mentah bagi minyak dan gas (O&G) serta minyak sawit seiring dengan permintaan kukuh dari China, Indonesia dan Thailand.

Katanya industri berorientasikan domestik akan dipacu oleh pertumbuhan subsektor makanan yang kekal teguh berikutan peningkatan permintaan isi rumah yang kukuh.

Sementara itu, katanya subsektor berkaitan pembinaan akan disokong oleh pertumbuhan aktiviti pembinaan yang berterusan.

Menurut laporan itu, sektor pembuatan meningkat 5.1 peratus tahun ke tahun pada separuh pertama 2018 dan dijangka berkembang 4.9 peratus pada tahun ini didorong terutamanya oleh industri yang berorientasikan eksport.

Katanya pertumbuhan tersebut selari dengan kenaikan indeks pengeluaran pembuatan 4.9 peratus tahun ke tahun dan jualan produk pembuatan sebanyak 7.3 peratus tahun ke tahun dalam tempoh lapan bulan pertama 2018.

Menurut laporan itu, peningkatan berterusan dalam kitaran elektronik dan aktiviti perindustrian global yang menggalakkan dijangka menyumbang kepada permintaan kukuh terhadap eksport produk Malaysia, seterusnya akan meningkatkan pertumbuhan bagi pengeluaran barangan pembuatan berorientasikan eksport.

Ini termasuklah barangan produk E&E, petroleum, kimia, getah dan plastik, katanya.

Katanya industri berorientasikan domestik akan terus kukuh disokong oleh permintaan berterusan bagi produk berkaitan pengguna dan pembinaan. – BERNAMA

Tags: Sektor PembuatanTinjauan Ekonomi 2019
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya 5-10 Peratus Kes Covid-19 Sektor Perkilangan, Pembuatan

28/06/2021
0

SHAH ALAM - Hanya lima hingga 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah daripada sektor perkilangan dan pembuatan,...

18 Sektor Pembuatan, MRS Dibenarkan Operasi – MITI

31/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan 18 sektor pembuatan dan perkhidmatannya yang berkaitan (MRS) yang dibenarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd