• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sehari Sebelum Insiden, Juruterbang Minta Patah Balik

oleh Ahmad Albab
02/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG juruterbang Lion Air yang menerbangkan pesawat Boeing 737 itu sehari sebelum ia terhempas meminta untuk kembali ke Bali kerana masalah teknikal.

Perkara itu disahkan pegawai lapangan terbang Bali Nusa Tenggara, Herson kepada Reuters.

Menurut Herson, selepas membuat permohonan tersebut, juruterbang memaklumkan menara kawalan bahawa pesawat tersebut terbang normal dan tidak akan kembali ke lapangan terbang tersebut.

Juruterbang membuat permintaan untuk berpatah balik beberapa minit selepas berlepas tetapi berjaya menangani masalah teknikal itu dan tetap meneruskan penerbangan ke Jakarta.

Pesawat yang sama terhempas semasa penerbangan beberapa jam kemudian, menggorbankan 189 penumpang.

Anggota Tentera Laut mengangkat sebahagian serpihan pesawat yang ditemui.

Pesawat dari Denpasar, Bali menuju ke Jakarta itu selamat mendarat kira-kira pukul 10.55 malam Ahad.

Pesawat yang sama berlepas dari Jakarta pada pukul 6.20 pagi Isnin menuju ke Kepulauan Bangka sebelum terhempas di perairan Karawang kira-kira 13 minit kemudian.

Sebelum terhempas juruterbang sempat membuat permintaan untuk kembali ke Jakarta.

Seorang jurucakap Lion Air enggan mengulas lanjut mengenai masalah teknikal yang dialami pesawat dari Denpasar, Bali menuju ke Jakarta malam Ahad lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lion Air, Edward Sirait, masalah teknikal itu sudah diselesaikan mengikut prosedur. – abc.net.au/mStar Online

Tags: Lion AirNahas Pesawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd