• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

161,610 Anak Penyu Berjaya Dilepas Di Cherating

oleh Cj Mnh
27/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Cherating di sini telah melepaskan sebanyak 161, 610 ekor anak penyu ke laut yang hasil telur penyu yang telah dieramkan di pusat itu sejak lapan tahun lalu sehingga kini bagi tujuan pemuliharaan hidupan akuatik itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak berkata jumlah tersebut dilihat satu kejayaan yang membanggakan jika dibandingkan dengan bilangan telur penyu yang berjaya dikutip dan dieramkan.

“Data pendaratan penyu yang direkodkan sejak tahun 2010 hingga tahun ini menunjukkan sebanyak 2,762 aktiviti pendaratan penyu berlaku di Pantai Cherating dan daripada jumlah itu, sebanyak 242,442 biji telur penyu berjaya dikutip dan dieramkan.

“Hasilnya sebanyak 161,610 ekor anak penyu telah dilepaskan semula ke laut bagi tujuan peningkatan populasi penyu pada masa akan datang,” katanya ketika berucap pada Program Kesedaran dan Pemuliharaan Penyu Bersama Komuniti Cherating di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di sini semalam.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu dan Pengarah Perikanan negeri Pahang Azahari Othman.

Mohd Soffi berkata selain kejayaan itu, pusat berkenaan berjaya muncul sebagai lokasi pelancongan terkenal apabila seramai 607,129 orang pelancong dalam dan luar negara dicatat berkunjung ke situ sejak lapan tahun lalu.

“Seramai 511,721 orang merupakan pelancong tempatan manakala 95,048 orang lagi adalah pelancong luar negara.

“Ini mencapai objektif semasa Jabatan Perikanan mewujudkan pusat ini iaitu untuk meningkatkan publisiti dan penyelidikan berkaitan hidupan akuatik ini,” katanya.

Sehubungan itu, katanya keraan negeri bercadang untuk menambah rizab pantai bagi tujuan pendaratan penyu di Pantai Chendor sejauh tujuh kilometer selain kawasan Pantai Cherating yang sedia ada sepanjang 35 kilometer. – BERNAMA

Tags: Cheratingpenyu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUCHING – Cubaan menyeludup ribuan telur penyu secara haram membawa padah apabila seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman...

41 Penyu Mati Di Terengganu Dalam Enam Bulan

10/06/2022
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 41 kes kematian penyu direkodkan di Terengganu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd