• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarah Mahu Dikenali Sebagai Penyanyi Rap Bertudung

oleh Cj Mnh
09/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara Big Stage, Sarah Suhairi, 18, mengakui minat terhadap irama rap mencetuskan keberanian untuk menyelitkan elemen itu dalam single terbarunya, Nyawa Dan Raga.

Sarah juga berharap, percubaan itu membuka mata umum terhadap kemampuannya sebagai penyanyi rap berhijab tempatan pertama.

“Saya memang sukakan lagu rap, terutama yang dipopularkan penyanyi antarabangsa. Cuma, kebiasaannya penggunaan bahasa untuk lirik lagu rap luar agak kasar dan kurang sesuai dengan budaya Timur.

“Saya hanya mencuba kerana ingin dikenali sebagai penyanyi berhijab pertama merakamkan lagu rap,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single keduanya itu, petang semalam.

Nyawa dan Raga ditulis oleh Room None, manakala lirik nukilan Iman Imran.

Sarah Suhairi berkata, perjalanan kerjaya nyanyiannya semakin lancar selepas muncul juara program realiti, Big Stage.

“Video muzik single pertama saya, Pedih mengambil masa hampir empat bulan untuk mencecah sejuta tontonan di YouTube.

“Namun, saya agak terkejut apabila video muzik Nyawa Dan Raga hanya mengambil masa empat hari untuk mencecah angka itu selepas dilancarkan pada 15 Oktober lalu,” katanya.

Sarah juga bersyukur, kehadirannya semakin disedari apabila jumlah pengikutnya di Instagram turut meningkat.

“Sebelum ini, saya hanya mempunyai hampir 100,000 pengikut apabila sering memuat naik rakaman semula lagu yang pernah dipopularkan penyanyi lain.

“Kini, pengikut saya mencecah hampir 400,000. Ketika menyertai Big Stage, saya mempunyai kelab peminat yang dipanggil Sarahae.

“Setiap kali membuat persembahan, mereka akan turun padang untuk memberikan sokongan,” katanya artis naungan MVM Production ini. – BH Online

Tags: rapSarah Suhairi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sarah, Andi Tiada Istimewa, Sekadar Berbalas Mesej

06/10/2018
0

JUARA program Big Stage Sarah Suhairi menjelaskan dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Andi Bernadee seperti yang digosipkan. Sarah,...

Sarah Suhairi Juara Big Stage Pertama

24/09/2018
0

SHAH ALAM - Selepas lapan minggu bertanding, tuah ternyata berpihak kepada penyanyi Sarah Suhairi apabila dinobatkan juara Big Stage pertama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd