• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarah Suhairi Juara Big Stage Pertama

oleh Ahmad Albab
24/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Selepas lapan minggu bertanding, tuah ternyata berpihak kepada penyanyi Sarah Suhairi apabila dinobatkan juara Big Stage pertama menewaskan lima lagi finalis lain.

Kemenangan tersebut sekaligus melayakkan Sarah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Sarah, 18, menyampaikan persembahan memukau menerusi lagu dendangan asal Ning Baizura berjudul Awan Yang Terpilu pada tugasan pertama dan sebuah single baharu berjudul Nyawa dan Raga pada tugasan kedua.

Sementara itu, Syafiq Farhain yang membawakan lagu Antara Hujan dan Air Mata. dan Aku Jatuh Cinta diumumkan pemenang tempat kedua sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Sarah Suhairi

Afieq Syazwan yang mempertaruhkan lagu Footloose dan lagu baharu berjudul Darjat terpaksa berpuas hati di tempat ketiga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 25,000 berserta trofi.

Tempat keempat pula dimenangi Wani Kayrie yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10,000, manakala tempat kelima dihuni oleh Baby Shima dengan hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi sumbangan Astro.

Pada konsert akhir yang melabuhkan tirai sebentar tadi itu juga, pentas turut dihangatkan dengan persembahan istimewa yang diterbangkan khas dari Amerika, Alec Benjamin, Faizal Tahir serta duet antara Alif Satar dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Konsert akhir Big Stage yang berlangsung di Auditorium MBSA di sini dikendalikan oleh pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad. Keputusan bahagian pertama diadili oleh juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir serta dua juri jemputan, Mark Adam dan Mas Idayu. Bahagian kedua pula ditentukan oleh undian peminat menerusi aplikasi Tik Tok. – K! ONLINE

Tags: Big StageSarah Suhairi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Han-Byul Juara Big Stage Musim Kedua

07/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi yang berasal dari Korea Selatan, Han-Byul menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara pertandingan realiti Konsert Big...

Sarah Mahu Dikenali Sebagai Penyanyi Rap Bertudung

09/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Juara Big Stage, Sarah Suhairi, 18, mengakui minat terhadap irama rap mencetuskan keberanian untuk menyelitkan elemen itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd