• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

oleh
13/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu sama lain mengenai kesan buruk terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Titah baginda usaha itu perlu dilakukan memandangkan bahana dadah akan mengheret penagih menderita seumur hidup malah boleh menghancurkan sesebuah keluarga bahagia.

“Justeru, saya menyeru rakyat menjauhi sebarang aktiviti penyalahgunaan najis dadah dengan memeranginya habis-habisan,” titah baginda yang berkenan merasmikan ‘Kampungku Permai Lagi Mempesona’ di Masjid Al-Rahmaniah di sini hari ini.

Program anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Pengarah agensi itu, Datuk Seri Zulkifli Abdullah.​​​​​​​

Tuanku Syed Faizuddin bertitah asas pembentukan sebuah negara bermula daripada sebuah keluarga yang bahagia dan oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa sepenuhnya mendidik anak-anak mereka.

Ini kerana usaha AADK untuk membasmi penagihan dadah tidak akan berhasil tanpa sokongan mereka, titah baginda.

Sehubungan itu Tuanku Syed Faizuddin mengajak rakyat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) mempertingkatkan usaha memerangi penyalahgunaan najis dadah. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azmin Diselar Ibarat Belum Kahwin Sudah Honeymoon!

Next Post

Pelaburan Modal Insan Penting Ke Arah IR 4.0 – Duta

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Berpaksi Keupayaan Diri Kerana Matlamat Tidak Halalkan Cara

28/10/2018
0

ARAU – Matlamat tidak pernah menghalalkan cara dan sebab itu lulusan universiti harus berpaksi dan berdiri atas keupayaan diri sendiri,...

Next Post

Pelaburan Modal Insan Penting Ke Arah IR 4.0 - Duta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd