• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Safiq Rahim Tinggalkan JDT

oleh Ahmad Albab
02/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Spekulasi mengenai kedudukan Safiq Rahim bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya terjawab apabila dia bakal meninggalkan kelab Harimau Selatan itu dan berkemungkinan menyertai kelab luar negara.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers.

Beliau berkata, pemergian Safiq pasti dirasai memandangkan pemain tengah itu banyak memberi sumbangan terhadap kejayaan JDT.

“Selamat maju jaya diucapkan kepada Safiq Rahim. Dari pandangan ikhlas saya, beliau adalah pemain yang paling berjaya sekali dalam JDT dan sudah banyak membantu JDT untuk mencapai matlamat-matlamat kami.

“Pemain paling berjaya, kapten terbaik dalam sejarah JDT dan pemain bola sepak terbaik yang bukan saja sudah memberi sumbangan kepada JDT tetapi juga kepada kelab seperti Selangor dan skuad kebangsaan,” katanya.

Safiq yang menyertai JDT pada 2013 membantu pasukan merangkul kejuaraan utama iaitu Liga Super sebanyak lima kali berturut-turut sejak 2014, Piala Malaysia 2017, Piala FA 2016 dan Piala AFC 2015.

Bagaimanapun Tunku Ismail berkata, kelab itu sentiasa membuka pintu buat Safiq kembali.

“Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan kita tidak akan tahu sama ada Safiq akan kembali semula atau tidak suatu hari nanti. Saya pun tidak tahu.

“Pintu di Johor sentiasa terbuka untuk beliau dan walau apa pun, setinggi-tinggi ucapan terima kasih dari saya, JDT dan semua penyokong serta Keluarga JDT. Macam mana sekalipun, anda akan sentiasa menjadi sebahagian dari Keluarga JDT,” kata Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu.

Bagaimanapun Tunku Ismail tidak mendedahkan destinasi bekas kapten Harimau Malaya berusia 31 tahun itu yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor dan PKNS FC.

Namun dalam satu jawapan balas JST kepada penyokong dalam ruangan komen menyatakan bahawa Safiq berkemungkinan akan bermain di luar negara. – BH ONLINE

Tags: JDTSafiq Rahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd