• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Dicadang Kaji Wujud Sekolah Aliran Inggeris

oleh Cj Mnh
13/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah dicadang melaksanakan kajian secara serius mengenai peluang untuk mewujudkan sekolah aliran bahasa Inggeris di negeri itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Julita Majungki berkata pewujudan Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah dilihat platform terbaik bagi melaksanakan kajian menubuhkan sekolah aliran bahasa Inggeris tersebut.

“Sebagai permulaan, sekolah perintis (aliran bahasa Inggeris) boleh dipilih dalam kalangan sekolah yang terletak di kawasan bandar.

“Saya yakin keputusan ini (mewujudkan sekolah aliran bahasa Inggeris) jika diambil akan mendapat sokongan ibu bapa dan rakyat Sabah,” katanya ketika membahaskan Belanjawan Sabah 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Julita (PBS-Matunggong) berkata cadangan serta kehendak kerajaan negeri melaksanakan sekolah aliran bahasa Inggeris tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Katanya beliau memahami pendidikan di bawah kuasa kerajaan persekutuan selain Malaysia sudah mempunyai dasar pendidikan kebangsaan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu dalam pembelajaran.

Namun punca pengangguran dalam kalangan graduan di negara ini antara lain ialah kelemahan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

“Saya mempunyai keyakinan jika Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah serius dalam melaksanakan sekolah aliran bahasa Inggeris, Sabah pasti akan mengeluarkan pelajar, graduan dan pekerja mahir pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: peluangSekolah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Myanmar Patut Contohi Malaysia Layan Orang Asing

Next Post

Tambang BRT Laluan Sunway Bakal Turun 20%

Related Posts

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

21/03/2025
1

KLUANG: Dua beradik maut selepas motosikal ditunggang terlanggar lubang di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara dalam perjalanan ke sekolah, pagi tadi....

Next Post

Tambang BRT Laluan Sunway Bakal Turun 20%

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd