• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rungutan Tentang Gua Gomantong Diambil Perhatian

oleh Cj Mnh
08/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Kerajaan Sabah akan mencari jalan terbaik bagi menangani keadaan di Gua Gomantong di Kinabatangan susulan rungutan bahawa ia tidak terjaga dengan baik dan hasilnya tidak dapat dinikmati oleh penduduk setempat.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong berkata pihaknya banyak mendengar keluhan dan rungutan penduduk setempat berhubung perkara itu.

“Kita sebagai kerajaan negeri baharu akan sedaya upaya untuk mencari jalan terbaik bagi mengatasi rungutan ini,” katanya ketika merasmikan Pejabat Koperasi Warisan Digadong Sammad Al-Hal Kinabatangan Berhad (Kop-Wadisa) di sini, hari ini.

Gua Gomantong ialah gua batu kapur dihuni banyak burung layang-layang yang menghasilkan sarang burung dan menjadi tarikan pelancongan di daerah itu.

Pemberian secara tender untuk menuai sarang burung layang-layang di gua itu menyebabkan penduduk setempat hilang hak dan diambil alih oleh syarikat luar.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata Kinabatangan bukan sahaja kaya dengan hasil sarang burung yang terdapat di Gua Gomantong tetapi juga salah satu khazanah alam yang sepatutnya dijaga dengan baik dan hasilnya dinikmati penduduk setempat.

Justeru, beliau berharap kewujudan Kop-Wadisa akan mengambil berat tanggungjawab untuk terus menjaga kebajikan masyarakat bertepatan dengan tujuan utama koperasi itu dibentuk.

Menurutnya, semua ahli lembaga koperasi itu hendaklah berbincang untuk lebih kreatif dan berdaya saing agar kebajikan serta cara hidup suku kaum Sungai terjaga dengan baik.

Terdahulu, Pengerusi Kop-Wadisa Roslan Pengiran Mansah berkata koperasi itu yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada Julai lepas menumpukan kegiatan yang mampu menjana pendapatan masyarakat kaum Sungai di Kinabatangan.

Katanya antara yang akan diberi tumpuan adalah untuk membuka pasaraya, stesen minyak, bidang pelancongan dan perhotelan, pengangkutan dan kilang memproses produk berasaskan sarang burung layang-layang dari Gua Gomantong.

Beliau berkata koperasi itu akan turut memperjuangkan untuk mendapatkan kembali hak pengurusan Gua Gomantong bagi mengembalikan sumber pendapatan suku kaum Sungai. – BERNAMA

Tags: Gua Gomantongkeluhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kos Besar SK Ulu Segan, SK Maludam Libat Banyak Faktor

Next Post

Belanda Bina Ladang Terapung Pertama Di Dunia

Related Posts

No Content Available
Next Post

Belanda Bina Ladang Terapung Pertama Di Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd