• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Terbakar, Kereta Turut Hangus

oleh Ahmad Albab
03/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA MARUDU – Bukan saja dua rumah terbakar, malah penghuninya kehilangan empat kenderaan yang turut hangus dalam kebakaran di Kampung Longob, di sini, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu apabila semua penghuni sempat menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu, Rony Sikawan, berkata dalam kejadian itu rumah jenis tidak kekal terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi rumah separuh kekal musnah 15 peratus.

Katanya, sebaik menerima panggilan pada jam 1.04 tengah pagi, seramai lima anggota diketuai Ketua Operasi, Kamarudin Sabanah serta dua jentera dihantar ke lokasi kejadian yang terletak 14 kilometer dari balai.

“Hasil siasatan, struktur kayu pada rumah pertama itu dan kenderaan diletakkan berhampiran terbakar sebelum api merebak dengan cepat, namun tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan beberapa rumah berhampiran daripada turut musnah,” katanya ketika dihubungi.

Rony berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya sebelum operasi ditamatkan jam 3.02 pagi.

“Semua kenderaan terbakar 100 peratus iaitu Proton Saga, Perodua Kancil, Toyota Corona dan sebuah van.

“Punca kejadian dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – BH ONLINE..

*sekadar Video Hiasan..

Tags: Bombakebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd