• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RMS Kekal Terajui FAS

oleh Ahmad Albab
09/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal menerajui Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) apabila dilantik semula selaku Presiden pada Kongres Luar Biasa (EGM) FAS, sebentar tadi.

Bagaimanapun, perubahan besar berlaku dalam kepemimpinan badan induk itu yang menyaksikan selain Tengku Amir Shah, hanya dua individu yang dipilih semula untuk mengganggotai barisan baharu persatuan itu.

Dua individu yang dipilih semula adalah Naib Presiden iaitu Datuk Ariffin Ab Hamid dan Omar Ali yang mendapat sokongan sebulat suara daripada semua 52 ahli gabungan yang hadir pada kongres terbabit.

Dua individu yang dipilih untuk mengisi dua lagi slot Naib Presiden adalah Hamdan Hashim dan Roslin Shariff.

Bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Datuk Muhammad Nasir Hamzah dipilih sebagai Timbalan Presiden FAS yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Sementara itu, rombakan besar besaran dilakukan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif yang menyaksikan 13 muka baharu dilantik untuk mengisi jawatan terbabit.

EGM terbabit boleh dilangsungkan dan sah mengikut statut memandangkan kehadiran ahli gabungan melebihi 50 peratus daripada 96 ahli gabungan yang berdaftar dengan persatuan itu pada kongres terbabit.

Sebagai rekod, Tengku Amir Shah dilantik sebagai Presiden FAS pada EGM yang berlangsung pada Julai lalu selepas penyandang, Datuk Seri Subahan Kamal melepaskan jawatannya. – BH ONLINE

Tags: FAStengku amir shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lebarkan Sayap Ke Singapura

JDT Lebarkan Sayap Ke Singapura

10/07/2023
0

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan sayapnya ke seberang tambak apabila menandatangani perjanjian persefahaman dengan Persatuan Bola Sepak Singapura...

Tengku Amir Kekal Presiden FAS

15/01/2022
0

KLANG: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd