Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pakar Kecantikan ‘Jadian’ Ancam...

KUALA LUMPUR - Lebih 20,000 ‘pakar’ kecantikan atau estetik tidak bertauliah didakwa bebas...

Skuad Khas Kastam Bantu...

SUNGAI PETANI - Skuad khas yang ditubuhkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bermula...

Pendarahan Teruk, Akma Hilang...

KUALA LUMPUR - Akur ketentuan Tuhan, bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim ketiga,...

Azmin, Penyokong Boikot Hari...

AYER KEROH - Kelibat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak...

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Awal Dagangan

KUALA LUMPUR – Ringgit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pagi ini dengan permintaan lebih baik ke atas mata wang tempatan susulan kenyataan berhati-hati oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).

Pada 9.09 pagi, ringgit berada pada 4.1850/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1900/1950 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata minat pelabur beralih kepada ringgit selepas kenyataan Pengerusi Fed, Jerome Powell, yang menunjukkan beberapa kebimbangan terhadap unjuran ekonomi bagi kuasa besar ekonomi itu.

“Powell menjadikan peserta pasaran keliru dengan kenyataannya selepas menekankan bahawa ekonomi AS kukuh namun tidak pasti berapa lama usaha pemulihan dapat bertahan,” katanya.

Sementara itu, peserta pasaran juga akan memantau pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia bagi suku ketiga 2018, yang akan dikeluarkan hari ini.


Unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0423/0471 daripada 3.0406/0499 semalam dan lemah berbanding euro kepada 4.7441/7502 daripada 4.7284/7345.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6850/6900 daripada 3.6946/6996 pada Khamis dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3505/3586 daripada 5.3569/3650. – BERNAMA

Kategori