• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Muslim Jadi Calon Kongres AS

oleh
06/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Jumlah rekod calon Muslim Amerika akan bertanding dalam Pilihan raya pertengahan penggal di Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung Selasa ini naik 10 kali ganda.

Sebahagian daripada mereka masuk bertanding hanya semata-mata bagi bantah dasar imigresen dan keselamatan sempadan pentadbiran Presiden AS, Donald Trump.

Laporan analisis The New York Times misalnya menyebut bahawa sekitar 100 calon beragama Islam akan bertanding kali ini, berbanding lebih 10 sahaja yang berbuat demikian pada tahun 2016.

Pada 2013, Detroit, di Michigan menjadi bandar terbesar dalam sejarah AS yang meminta perlindungan muflis. Lima tahun kemudian, sebahagian bandar tersebut rancak semula dan pelabur mula kembali perlahan-lahan.

Detroit juga menjadi nadi kebangkitan politik Muslim Amerika. Sememangnya Michigan, salah satu wilayah di AS yang ada paling ramai penduduk Arab dan Muslim. Dan tahun ini, ia menampilkan jumlah tertinggi calon Islam.

Lebih 90 peratus calon Islam – kebanyakannya Demokrat – mengatakan mereka terpanggil untuk bertanding kerana bantah dasar pentadbiran Trump seperti “pengharaman perjalanan’ yang dikenakan ke atas orang Islam ke AS.

Abraham Aiyash, yang berasal dari Yaman, adalah antara 13 calon Muslim yang bertanding. Terdapat lebih 3.3 juta Muslim di AS, tetapi Muslim warga AS hanya menduduki dua daripada 535 kerusi Dewan Kongres.

“Kita sekarang ada peluang untuk akhirnya berkata, secara kolektif, tidak kira anda gay, orang Islam, orang kulit hitam, orang yang baru berhijrah ke negara ini, anda mempunyai tanggungjawab untuk bangkit bersuara.

“Ini kerana demokrasi bukan permainan untuk ditonton sahaja,” kata Abraham yang menjadi calon Dewan Senat Michigan. Muslim AS hanya membentuk sekitar 1 peratus bilangan penduduk AS.

Tetapi jumlahnya sedang berkembang pesat. Pusat Penyelidikan Pew menganggarkan menjelang 2040, agama Islam akan menjadi agama kedua terbesar di AS. Imam Ibrahim Kazerooni dari Pusat Islam AS turut mengulas isu itu.

“Bagaimana golongan minoriti boleh menjadi sebahagian daripada sistem politik yang akhirnya beri mereka kuasa untuk berupaya memberi pengaruh dan perubahan. Yang pasti masyarakat Yahudi berdaya berbuat demikian.

“Masyarakat Muslim sedang dalam proses,” kata Ibrahim. Namun cabaran yang dihadapi Muslim-Amerika bukannya mudah kerana sesetengahnya menempuh tekanan kuat daripada sentimen anti-Muslim.

Di Minnesota misalnya, seorang calon datuk bandar melaporkan tentang dua kejadian di mana beliau menerima ancaman anti-Muslim menerusi akaun media sosialnya. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Amerika Syarikat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd