• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Diseru Beri Sumbangan Kepada Rakyat Yaman

oleh
04/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Luar Negeri menyeru rakyat negara ini menyalurkan sumbangan dan bantuan kemanusiaan kepada mangsa peperangan di Yaman.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata langkah itu perlu bagi meringankan bebanan rakyat Yaman terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak yang kini menderita akibat pergolakan yang berlaku.

“Kita mohon rakyat Malaysia tampil ke depan untuk memberikan sumbangan dan bantuan, kita berharap dengan pertolongan daripada rakyat negara ini sedikit sebanyak akan membantu penduduk Yaman yang kini memerlukan bekalan makanan dan rawatan kesihatan.

“Selain itu, kita juga berharap sumbangan kewangan dapat dikumpulkan dalam tempoh terdekat bagi membantu rakyat di sana untuk membuat persediaan bagi menghadapi musim sejuk yang bakal tiba tidak lama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Tabung Kemanusiaan Yaman’ di Kompleks Karangkraf di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden Global Peace Mission (GPM) Malaysia Mohamad Raimi Ab Rahim dan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Sementara itu, Mohamad Raimi berkata GPM menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM1 juta dalam tempoh enam bulan akan datang untuk ‘Tabung Kemanusiaan Yaman’ tersebut.

“Pelancaran ‘Tabung Kemanusiaan Yaman’ yang dibuat dengan kerjasama GPM, Sinar Harian dan Kumpulan Karangkraf menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta.

“Bantuan awal sebanyak RM100,000 akan dibawa dalam musim sejuk pada akhir November ini. Bantuan ini akan diagihkan dalam bentuk makanan, pendidikan, air bersih, kit musim sejuk, barangan bayi dan perubatan,” katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Global Peace Mission, Bank Islam (1402-30100-29224), Maybank Islamic (5642-2161-1602) dan Affin Islamic Bank (1051-9000-2871) dengan rujukan ‘YAMAN’. – BERNAMA

Tags: Datuk Saifuddin Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kempen Perjuangan Isu Palestin Perlu Diperhebat

29/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Perjuangan Palestin benar-benar memerlukan satu kempen besar-besaran masyarakat global bagi menamatkan penderitaan penduduk di wilayah yang bergolak...

Rai Kepelbagaian Pendidikan Negara – Saifuddin

10/11/2018
0

KUANTAN - Rakyat di negara ini perlu meraikan kepelbagaian dari segala aspek termasuk pendidikan yang menjadi tunjang kepada masa hadapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd