• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Kedah Akan Dimasyhur Sebagai Pro-Canselor UUM

oleh
05/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin akan dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baharu pada Istiadat Konvokesyen ke-31 universiti itu di Dewan Mu’adzam Shah, Sintok dekat sini, 11 Nov ini.

Naib Canselornya, Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata pada sesi itu juga, UUM akan mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) (Pengurusan Logistik) kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pengarah Eksekutif PKT Logistic Group Sdn Bhd, Datuk Micheal Tio.

Beliau berkata Sultan Kedah merangkap Canselor UUM, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyampaikan ijazah kehormat berkenaan pada sesi pertama sidang konvokesyen berkenaan.

Katanya pada konvokesyen kali ini seramai 6,156 graduan bakal menerima ijazah masing-masing bermula 11 hingga 15 Nov depan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 4,726 adalah graduan Sarjana Muda, manakala 1,430 graduan pasca siswazah terdiri daripada 326 Ijazah Doktor Falsafah, Doktor Pengurusan (tujuh), Doktor Pentadbiran Perniagaan (14) dan 1,083 graduan Ijazah Sarjana.

“Seramai 688 graduan mendapat ijazah kelas pertama dan 510 graduan bukan warganegara daripada 26 negara berjaya menamatkan pengajian kali ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahmad Bashawir berkata selain itu 44 graduan sulung daripada tiga program iaitu Sarjana Muda Pengurusan Acara seramai tiga graduan, Sarjana Sains (Analisis Data) (lima) dan Sarjana Sains (Kepengetuaan) (36) bakal menerima ijazah.

“Sebanyak 35 anugerah akan diberikan kepada 748 graduan dengan seorang graduan akan menerima Pingat Emas Canselor, dua graduan menerima Anugerah Pelajar DiRaja dan 41 graduan menerima Pingat Emas Naib Canselor,” katanya.

Sempena konvokesyen itu, UUM juga menganjurkan ekspo bertemakan ‘Ilmu, Budi, Bakti: Tonggak Pendidikan Keinsanan’ bermula 8 hingga 15 Nov dengan 130 gerai yang menjual pelbagai barangan.

Perasmian ekspo yang akan diadakan di padang kawad universiti itu akan disempurnakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir pada 9 Nov. – BERNAMA

Tags: UUM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UUM: Tiada Bukti Vinosiny Maut Akibat Renjatan Elektrik

UUM: Tiada Bukti Vinosiny Maut Akibat Renjatan Elektrik

07/05/2024
0

Universiti Utara Malaysia (UUM) berhujah laporan bedah siasat polis dan siasatan bebas Suruhanjaya Tenaga (ST) tidak menunjukkan bukti pelajar S...

134 Pelajar UUM Terima Komputer Riba

134 Pelajar UUM Terima Komputer Riba

28/06/2022
0

SINTOK - Seramai 134 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dari golongan berpendapatan rendah (B40) menerima komputer riba sumbangan FWD Takaful...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd