• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton X70 Masuki Pasaran Mulai 12/12/18

oleh
22/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASMI… Sesuai dengan tarikhnya yang mudah diingati, Proton Holdings Berhad (Proton) akan melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya, Proton X70 pada 12 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong, berkata pelancaran model terbaharunya itu dijangka meningkatkan lagi jualan Proton pada tahun ini di samping mengukuhkan kedudukan syarikat automotif tersebut pada 2019.

“Kita telah mengecap beberapa kejayaan dalam Proton X70 walaupun ia belum dilancarkan sepenuhnya lagi seperti pengesahan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Selain itu Proton terima penarafan lima bintang dalam ujian penilaian kenderaan ASEAN NCAP. Pelbagai usaha telah dilakukan kami bagi membuktikan model baharu ini akan memberikan perubahan besar kepada syarikat.

“Bagi membuktikan kesungguhan kami dalam beri terbaik kepada pelanggan, mereka yang buat tempahan awal model X70 akan terima kenderaan mereka sejurus selepas pelancaran diadakan,” kata Chunrong.

Beliau ditemui media pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18) di ibu negara. Tempahan prapelancaran dibuka pada 8 September lepas dan sehingga akhir bulan lalu, lebih 10,000 tempahan diterima.

Sementara itu, dalam majlis berasingan, Ketua Kejuruteraan Proton, Yang Jun beri bayangan syarikat automotif negara tersebut bakal memperkenalkan model baharu dengan kapasiti 1.5 liter dalam tempoh waktu terdekat.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut sama ada kapasiti itu bagi model baharu atau bagi model Proton X70 bagi memberikan lebih peluang kepada pelanggan menikmati subsidi petrol.

Ini rentetan mekanisme subsidi baharu dari kerajaan yang membolehkan pemilik kereta berkapasiti enjin 1,500cc dan motosikal berkapasiti enjin 125cc menikmati subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter.

Perkara tersebut turut dipersetujui Ketua Reka Bentuk Proton, Azlan Othman yang menyatakan tidak mustahil jika model baharu Proton itu menumpukan kepada SUV atau kenderaan pacuan empat roda.

“Kita masih akan mengekalkan produk sedia ada dan akan terus menumpukan inovasi rekaan seperti Proton Saga. Namun kita juga tidak boleh menolak kemungkinan mengikuti permintaan pelanggan lebih ke arah SUV.

“Kita juga perlu ikut produk baharu yang ada,” kata Azlan. Mekanisme baharu subsidi bahan bakar itu dijangka bermula pada suku kedua 2019. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: ProtonX70
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd