• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton Lancar Cawangan 4S Baharu Di Kaherah

oleh
10/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUAS… Proton sudah kembangkan lagi jangkauannya di Mesir dengan lancar cawangan 4S baharu (penjualan, perkhidmatan, alat ganti dan semburan cat) iaitu Alpha Ezz Elarab di ibu kota Kaherah.

Cawangan moden yang seluas 1.5 hektar serta terletak di kawasan Smart Village, Abbou Rawash, Giza itu dimiliki dan diuruskan oleh pengedar tunggal Proton di negara rantau Afrika Utara tersebut, Alpha Group Ezz Elarab.

Pemilik Alpha Group Ezz Elarab, Hisham Ezz Elarab, berkata pasukan beliau sedang berusaha untuk memantapkan semula jenama Proton dengan mengikuti perubahan dinamik yang berlaku kepada jenama berkenaan di Malaysia.

“Selain sebagai pengimport tunggal, Alpha Group Ezz Elarab juga bertuah merupakan syarikat pertama yang secara rasmi mengguna pakai identiti korporat Proton terbaharu di pasaran luar negara,” kata beliau kepada pihak media.

Alpha Group Ezz Elarab yang mula import Proton model panduan sebelah kiri bagi pasaran Mesir sejak tahun 2005, turut berhasrat menjadikan negara Arab tersebut sebagai hub kereta Malaysia berkenaan di rantau Timur Tengah.

Sementara itu, Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu Yuan, berkata Mesir berpotensi mainkan peranan lebih besar dalam bantu Proton capai sasaran penjualan pada masa depan dengan misi tingkatkan jumlah eksport.

“Pihak Proton dan pengimport Mesir kami perlu bekerjasama bagi memastikan segala keperluan pasaran dipatuhi dalam menangani isu produk serta harga yang bersesuaian untuk kelompok pembeli tempatan di sini,” katanya.

Pada September lalu, 246 buah kereta Proton model Saga dan Exora selamat tiba di Mesir. Pengedaran kereta itu dikendalikan oleh Alpha Group Ezz Elarab, dan dihantar ke tujuh cawangan sedia ada di pasaran negara tersebut.

Harga model Saga ialah 184,900 pound Mesir (RM43,370) manakala Exora pula 319,900 pound Mesir (RM75,035). Sebelum ini model Preve, Persona dan Gen2 amat laris di negara itu dengan harga 294,900 pound (RM69,171).

Xu Yuan berkata Alpha Group Ezz Elarab yakin dapat mencapai sasaran jualan 1,400 unit bagi tahun 2019 dengan ketibaan versi semakan model Saga dan Exora Plus pada pertengahan tahun tersebut. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Proton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd