• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Pemilihan PKR Di Sabah Diteruskan Bagi 13 Cabang Hari Ini

oleh
04/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Fasa kedua proses pemilihan PKR peringkat Sabah, yang mempunyai keanggotaan kedua paling ramai disahkan layak mengundi iaitu kira-kira 150,000 orang, diteruskan hari ini bagi 13 daripada 25 cabang parti itu di seluruh negeri.

Tiga belas cabang PKR terlibat dalam fasa terakhir proses pemilihan berkenaan pada hari ini ialah Putatan, Penampang, Kimanis, Papar, Tenom, Pensiangan, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beluran, Kinabatangan, Silam, dan Semporna.

Proses pengundian bagi memilih barisan kepimpinan baharu peringkat pusat dan cabang PKR negeri Sabah menggunakan sistem e-undi itu bermula serentak pada 9 pagi dan dijangka berakhir 5 petang.

Di PENAMPANG, tinjauan Bernama mendapati suasana sekitar pusat pemilihan PKR bagi cabang berkenaan setakat pagi ini berjalan lancar dengan para anggota parti sudah mulai memenuhi perkarangan pusat pengundian di Dewan Kampung Nosoob Baru, dekat sini, seawal jam 7.30 pagi.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Kenny Chua yang juga Naib Pengerusi PKR negeri ketika ditemui berkata proses pengundian di pusat pemilihan itu berlangsung dalam keadaan aman.

Penyandang jawatan Ketua Cabang PKR Penampang itu yang tiba di dewan berkenaan kira-kira 9 pagi tadi turut membuat pengundian menerusi sistem e-undi sebelum meluangkan masa meninjau sekitar pusat pemilihan parti tersebut.

“Persiapan semua bagus dan kita menyediakan tempat (pusat pengundian) yang sesuai. Semua kemudahan diperlukan ada selain turut menempatkan lima anggota polis dan 20 anggota RELA bagi memantau kelancaran serta memastikan keselamatan di pusat pemilihan ini,” katanya, yang turut bertanding bagi jawatan Ketua Cabang Penampang, pada pemilihan itu.

Dalam pada itu, Chua berharap 1,000 daripada 3,500 anggota PKR Penampang keluar melaksanakan tanggungjawab mereka mengundi kepimpinan baharu parti pada pemilihan tersebut.

Semalam, 12 cabang PKR di Sabah telah melaksanakan fasa pertama proses pemilihan parti itu melibatkan Kota Marudu, Tuaran, Sepanggar, Kota Kinabalu, Beaufort, Sipitang, Keningau, Libaran, Batu Sapi, Sandakan, Tawau dan Kalabakan.

Pusat pengundian di 12 cabang berkenaan dibuka pada 8 pagi dan ditutup 4 petang semalam, dengan dianggarkan lebih 40 peratus daripada jumlah anggota di kesemua cabang itu telah keluar mengundi.

Fasa pertama pemilihan parti itu antara lain menyaksikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew yang juga Pengerusi PKR negeri berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang Kota Kinabalu selepas menewaskan pencabarnya Julian Lai dengan memperoleh 541 undi. – BERNAMA

Tags: Pemilihan PKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

09/09/2022
0

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan dakwaan bahawa pemilihan di lebih 50 cabang...

Rafizi Peroleh Undi Tertinggi Di Melaka

29/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh undi tertinggi di Melaka bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd