• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK DUN Rantau: Tok Mat Sedia Berdepan Rafizi

oleh
17/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK GENTAR… Ketika PKR Negeri Sembilan ‘kecoh’ konon Rafizi Ramli bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, lain pula halnya dengan UMNO.

Penyandang kerusi itu yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersedia berdepan bekas Ahli Parlimen Pandan tersebut dan dikatakan antara calon dipertimbangkan bagi wakili Pakatan Harapan (PH).

Ini termasuk spekulasi Rafizi bakal dilantik sebagai menteri besar baharu, malah Mohamad berkata, beliau akan bekerja keras untuk memastikan kerusi yang disandangnya sejak 2004 itu kekal jadi milik Barisan Nasional (BN).

“Terpulang kepada mereka hendak letak siapa untuk bertanding, saya bersedia berdepan sesiapa sahaja. Sudah tentu saya akan memberi sepenuhnya komitmen untuk menang,” kata bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Mohamad berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perjumpaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid bersama-sama kepimpinan UMNO Pahang dan ahli parti tersebut di Kuantan hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Menteri Besar Pahang. Ini merupakan antara siri jelajah pemimpin parti itu bertemu ‘akar umbi’ di seluruh negara.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa nama Rafizi yang tewas tipis pada pemilihan jawatan Timbalan Presiden parti tersebut; ada dibangkitkan sebagai calon PH dalam PRK DUN Rantau.

Beliau namun berkata, siapa calon PH daripada PKR yang akan bertanding pada PRK terbabit masih di peringkat perbincangan tetapi merasakan Rafizi adalah lebih daripada layak untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri.

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Tinggi Seremban, semalam memutuskan kemenangan Mohamad tanpa bertanding di kerusi itu pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu adalah batal dan tidak sah.

Ini sekali gus bakal menjadi PRK yang kedua diadakan di Negeri Sembilan pasca PRU selepas kerusi Parlimen Port Dickson pada 14 Oktober lalu apabila berjaya dimenangi oleh Presiden PKR baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia turut merupakan PRK yang keempat termasuk selepas kerusi DUN Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia; kesemuanya terletak di Selangor yang kekal dimenangi masing-masing oleh calon PH. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: DUN RantauMohamad Hasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd