Thursday, July 18, 2024

Creating liberating content

PRK Cameron Highlands: SKMM...

LIPIS - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang menyiasat dakwaan pemberian wang oleh...

Ibu Tak Restu, Tak...

KUALA LUMPUR: "Syamsul, jangan jadi munafik!" Itu reaksi ibu kepada pengarah Syamsul Yusof,...

Pramugara Kantoi Curi Lebih...

SEORANG pramugara mencuri duit Dh18,550 (RM21,008) penumpang dan mengepamnya ke dalam tandas sebuah...

Polis Tahan 2 Lelaki...

KUCHING - Polis menahan dua suspek kes samun dan merampas sepucuk pistol buatan...

PRK DUN Rantau Diadakan Jika Tiada Rayuan

PUTRAJAYA – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Rantau hanya akan diadakan jika tiada rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Seremban yang mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di DUN itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas sebagai batal dan tidak sah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata ini berikutan keputusan mahkamah itu untuk tidak memberi perakuan keputusan tersebut sehingga tamat tempoh 14 hari bermula hari ini untuk mana-mana pihak mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

“Pilihan Raya Kecil (PRK) hanya akan diadakan sekiranya tiada rayuan atau proses rayuan di Mahkamah Persekutuan telah selesai sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Azhar berkata di bawah undang-undang, SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia menerima perakuan tersebut.

Buat masa ini, katanya SPR perlu menunggu perakuan keputusan Mahkamah Pilihan Raya atau sehingga tempoh 14 hari untuk rayuan tamat bagi tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Azhar berkata SPR akan meneliti alasan penghakiman Mahkamah Pilihan Raya dan akan membuat keputusan sama ada rayuan perlu dibuat ke Mahkamah Persekutuan.

“SPR sentiasa bersedia untuk menjalankan PRK sekiranya ia perlu diadakan,” katanya. – BERNAMA


 

 

 

Untuk pengiklanan bersama MYNEWSHUB sila hubungi ; 

Fatin di nombor 0146372578

Kategori