• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPM Sandakan Patahkan Cubaan Seludup Komponen Kenderaan Curi Ke Filipina

oleh Cj Mnh
26/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) mematahkan cubaan menyeludup komponen kereta disyaki dicuri ke Filipina selepas menahan sebuah bot laju dinaiki tiga lelaki di kawasan perairan Sandakan dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata anggota PPM Sandakan menjalankan rondaan Op Pensura pada awal pagi telah tersempak dengan sebuah bot laju dalam keadaan yang mencurigakan sarat dengan muatan dan bergerak laju dengan haluan menuju ke arah Pulau Taganak di perairan Filipina.

Katanya bot ronda PPM bertindak mengejar bot laju tersebut yang cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota PPM.

Bot laju tersebut yang menggunakan dua enjin jenis Yamaha 40 kuasa kuda berjaya ditahan dan ​​​​​​​pemeriksaan mendapati terdapat dua lelaki warganegara Filipina berusia 30 dan 35 tahun termasuk seorang daripadanya merupakan juragan bot berkenaan, katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata ​​​​​​​pemeriksaan lanjut seterusnya dilakukan di dalam ruang bot laju berkenaan terdapat seorang penumpang lelaki berusia 36 tahun yang tiada memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Mohamad Pajeri berkata hasil pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai beberapa komponen kenderaan disyaki barang curi iaitu satu unit enjin Toyota Carina dan kotak gear kenderaan, dua unit bangku kereta dan tayar, satu unit radio kereta serta enam guni berisi komponen kereta.

Menurutnya nilai rampasan dianggarkan ​​​​​​​RM45,900 dan kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63, manakala barang berupa komponen kenderaan dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sandakan untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: cubaan seludupkomponen kenderaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd