• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Portugal Kekal Rekod Tanpa Ronaldo

oleh Cj Mnh
21/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Portugal menamatkan kempen peringkat kumpulan Liga Negara-Negara Eropah dengan seri 1-1 menentang Poland di Guimaraes, awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan mereka menamatkan saingan dengan kelebihan tiga mata mengatasi Itali dalam Kumpulan A3 selepas mengekalkan rekod tanpa kalah meskipun tanpa kelibat bintang sensasi mereka, Cristiano Ronaldo.

“Bagus jika ada Ronaldo dalam kesebelasan utama tetapi kami membuktikan yang kami turut memiliki pemain lain yang berkualiti,” kata pertahanan tengahnya, Pepe.

“Pemain menunjukkan semangat yang positif. Namun kami tetap perlu merendah diri dengan menghormati pasukan lain yang turut layak ke pusingan akhir dan menunjukkan kualiti kami.”

Renato Sanches memperagakan aksi kemas bersama Portugal apabila pemain tengah berusia 21 tahun itu mencipta gerakan menerusi sepakan sudut yang ditanduk masuk Andre Silva pada minit ke-34.

Juara Eropah itu lebih menguasai permainan namun segalanya berubah selepas Danilo Pereira dilayangkan kad merah dan Poland dihadiahkan sepakan penalti.

Pengadil mengarahkan pemain tengah Porto itu keluar padang selepas menerjah Arkadiusz Milik walaupun terjahan itu dilakukan dengan bersih.

Milik menyempurnakan sepakan penalti itu dengan menewaskan penjaga gol Portugal, Beto ketika perlawanan berbaki 25 minit lagi.

Poland terus bergelut selepas kempen Piala Dunia apabila gagal meraih sebarang kemenangan dalam Liga Negara- Negara Eropah yang menyaksikan rembatan Piotr Zielinski dinafikan Beto dan percubaan Damian Kadzior tersasar ketika Portugal kekal bertahan dengan 10 pemain.

“Saya berpendapat kad merah dan penalti itu adalah satu keputusan yang tidak wajar, pada pandangan saya ia tidak sepatutnya berlaku,” kata pengendali Portugal, Fernando Santos.

“Pengadil boleh sahaja memberikan penalti dan tidak melayangkan kad merah. Apapun, saya bangga dengan persembahan pemain saya.” –Agensi

Tags: Liga Negara-Negara Eropahportugal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selangor Tagih Bisa Sathia Liga Musim Depan

Next Post

Kuil Hindu Lebih Banyak Daripada Masjid! – Ridhuan

Related Posts

Euro 2020: Perancis, Jerman, Portugal Lolos

24/06/2021
0

PERANCIS, Jerman dan Portugal meloloskan diri ke pusingan 16 terbaik Euro 2020 selepas berakhirnya saingan Kumpulan F pada awal pagi...

Portugal Juara Sulung Liga Negara-Negara

10/06/2019
0

PORTO - Portugal menambah gelaran Liga Negara-Negara yang julung kali diadakan kepada kegemilangan Euro 2016 mereka apabila jaringan Goncalo Guedes...

Next Post

Kuil Hindu Lebih Banyak Daripada Masjid! - Ridhuan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd