Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

3 Bot Nelayan, 40...

KUCHING - Tidak sampai 36 jam selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan...

Wakil Kelab Myvi Ada...

SEMALAM, seluruh negara digemparkan dengan satu laporan kemalangan menyayat hati yang menimpa tiga beranak...

Kisah Haji Ali, Bekas...

SEBUAH dokumentari yang menyusuri perjalanan hidup seorang bekas askar Jepun yang masih menetap...

Dayangku Intan Wanita Hebat...

KUALA LUMPUR - "DIA adalah wanita yang hebat dan mengagumkan semua orang, termasuklah...

Politeknik Port Dickson Terima Pengiktirafan COT

SEREMBAN – Politeknik Port Dickson hari ini diiktiraf sebagai ‘Centre Of Technology’ (COT), kata Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abdul Aziz.

Beliau berkata pengiktirafan tersebut dibuat berdasarkan penilaian penghasilan kajian, penyelidikan, inovasi, penawaran khidmat kepakaran, penawaran latihan, penjanaan pendapatan, jaringan kolaborasi, pengiktirafan dan penerbitan oleh panel auditor yang dilantik daripada universiti awam serta pihak industri.

“Kejayaan dalam pengiktirafan COT Politeknik adalah satu status penting yang perlu dicapai bagi memastikan kelestarian sumber untuk membekalkan hasil penyelidikan, inovasi, khidmat kepakaran dan sesi latihan dalam bidang tujahan yang diperlukan oleh pihak industri serta komuniti.

“COT yang diiktiraf juga mampu melonjakkan mutu penawaran program di Politeknik seiring dengan kehendak industri semasa di samping menepati percambahan teknologi kini,” katanya ketika berucap di majlis Pengiktirafan COT Politeknik Port Dickson di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Mohammad Naim Yaakub dan Pengarah Politeknik Port Dickson Roslee Yahya.


Beliau berkata selain Politeknik Port Dickson, tiga lagi Politeknik yang turut mendapat pengiktirafan serupa ialah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor, Politeknik Ungku Omar, Perak dan Politeknik Ibrahim Sultan di Johor. – BERNAMA

Kategori