• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 3 Lelaki, Rampas 11.058 Kg Syabu

oleh Cj Mnh
07/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis menahan tiga lelaki dan merampas dadah dipercayai syabu seberat 11.058 kilogram bernilai RM552,900 dalam satu operasi di Lahad Datu dan Semporna, 2 Nov lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata ketiga-tiga lelaki berusia antara 15 dan 42 tahun itu ditahan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman selepas risikan dan bertindak atas maklumat mengenai aktiviti pengedaran dadah di kawasan itu.

“Semasa operasi itu, pasukan polis telah menahan dua buah kenderaan di Jalan Tungku Lahad Datu yang dinaiki ketiga-tiga lelaki berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang, Jumaat lepas. Hasil soal siasat terhadap suspek itu kemudiannya telah membawa pihak polis ke sebuah kenderaan yang diletakkan di hadapan sebuah kedai dobi di Jalan Seri Melor Tinggayan, Semporna.

“Pemeriksaan terhadap kenderaan mendapati terdapat satu kotak besar yang diletakkan di bahagian penumpang belakang mengandungi 11 plastik warna biru yang mana setiap plastik berkenaan terdapat satu paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 11.058 kilogram,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Omar berkata hasil soal siasat mendapati dadah berkenaan dipercayai dibawa masuk dari luar negara dan dipercayai juga Sabah dijadikan tempat transit dadah sebelum ia dihantar ke negara jiran.

“Kita masih lagi meneruskan siasatan lanjut untuk memastikan dari mana sebenarnya dadah ini diperoleh dan bagaimana ia boleh tiba ke Sabah,” tambahnya.

Katanya ketiga-tiga suspek berkenaan kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Sabtu lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: operasiSyabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

28/09/2025
0

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan di Tawau TAWAU, 28 Sept – Polis menahan tiga buruh tempatan dalam siri operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd