• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Evo 2 Tidak Hina Islam – Mufti WP

oleh
20/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELESAI… Kontroversi filem aksi Polis Evo 2 terbitan Astro Show dan diarahkan oleh Joel Soh dan Andrew Chiew akhirnya selesai setelah disahkan tiada sebarang mesej penghinaan kepada Islam.

Demikian ditegaskan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri. Sebaliknya kata beliau, filem itu lebih mengenengahkan fahaman fanatik sesat yang memberi ancaman kepada negara.

Bagaimanapun katanya, terdapat ungkapan dalam babak filem itu yang tidak dijelaskan dengan terperinci dan kesan tersebut boleh menimbulkan syubhat dalam isu keadilan Allah, juga konsep iman kepada qada dan qadar.

“Pun begitu, kami mencadangkan supaya dilantik konsultan syariah agar perjalanan satu-satu filem yang membawakan tema sebegini, dapat mengelakkan sebarang isu-isu sensitif melibatkan agama.

“Sebaiknya, rujukan kepada konsultan Syariah dilakukan sejak dari awal pembikinan skrip sehinggalah selesai penggambaran keseluruhan filem,” katanya melalui hantaran dalam akaun sosial Facebooknya.

Zulkifli juga cadang pihak produksi agar letak penjelasan pada awal filem atau addendum berhubung kesamaran jalan cerita (mungkin sengaja diletakkan pada subteks) yang boleh terdedah kepada salah faham terhadap agama.

Katanya, beliau buat ulasan ini setelah didatangi Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu, Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh yang memintanya untuk memberikan pandangan berkenaan jalan cerita filem Polis Evo 2.

Ia berikutan rentetan daripada kontroversi yang timbul berkenaan filem ini.

“Saya mencadangkan kepada beliau untuk membenarkan saya dan para pegawai Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk menonton terlebih dahulu filem ini sebelum buat sebarang ulasan yang terburu-buru berdasarkan trailer.

Tetapi kata beliau, bukanlah niat dan tugas mereka untuk menapis semua filem tempatan. Ini dilakukan atas rasa tanggungjawab kepada agama dan tanahair dalam membawa satu warna baru dalam industri perfileman tanah air.

“Sepatutnya, inilah tanggungjawab kita bersama khususnya di pihak produksi untuk lebih cakna terhadap isu-isu yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan masyarakat.

“Apa yang telah terjadi ini, merupakan satu ingatan bagi pihak dalam industri hiburan dan perfileman untuk berhati-hati dalam berkarya selepas ini,” kata Zulkifli.

Polis Evo 2 mencetuskan kontroversi apbila umat Islam di negara ini diminta supaya memboikot filem itu kerana didakwa beberapa pihak sebagai cuba untuk kaitkan Islam dengan imej keganasan.

Malah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan untuk menyiasat dakwaan filem tersebut yang mungkin ada memberi imej buruk kepada ajaran Islam.

Tindakan itu berikutan kenyataan Anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Dr. Riduan Md. Nor yang menggesa rakyat Malaysia boikot untuk memberi pengajaran kepada mereka terlibat dalam filem itu. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-BakriMufti Wilayah PersekutuanPolis Evo 2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hukum Renjis Air Ruqyah Pada Kenderaan Diharuskan Syarak – Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Renjis Air Ruqyah Pada Kenderaan Diharuskan Syarak – Mufti Wilayah Persekutuan

01/05/2024
0

Kuala Lumpur : Hukum merenjis atau membilas kenderaan dengan air dibaca ruqyah mengandungi ayat al-Quran dan zikir adalah dibenarkan dan...

Isu Kafir: Menteri Agama Nasihat Ikut Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Kafir: Menteri Agama Nasihat Ikut Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan

02/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar meminta semua pihak tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd