• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Berkas 2 Lelaki Bersama 1,970 Kg Daun Ketum

oleh Cj Mnh
22/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Dua lelaki tempatan yang dipercayai cuba menyeludup 1,970 kilogram daun ketum ke negara jiran melalui sempadan Malaysia-Thailand di Kampung Kolam, Padang Besar diberkas polis, awal hari ini.

Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed berkata selain dua lelaki berumur 22 dan 51 tahun itu, polis turut merampas dua motosikal dipercayai digunakan untuk mengangkut daun ketum, sebuah kereta Proton Wira dan sebuah alat penimbang daripada mereka.

Katanya sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perlis melancarkan Op Cantas sebaik menerima maklumat kira-kira pukul 2.20 pagi ini.

“Sebaik tiba di satu kawasan semak di tepi jalan Kampung Kolam, pasukan itu terserempak dengan sekumpulan lelaki lalu memperkenalkan diri menyebabkan mereka melarikan diri ke kawasan semak,” kata Noor Mushar kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya polis bagaimanapun berjaya menahan seorang lelaki di kawasan semak dan seorang lagi yang mengalami kecederaan dipercayai terjatuh semasa melarikan diri di Kampung Kolam.

Pasukan itu kemudian memeriksa kawasan semak tersebut dan menemui daun ketum di dalam beberapa guni plastik dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun, kata Noor Mushar. – BERNAMA

Tags: Daun Ketumdiberkas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyamun Berparang Di Muar Diberkas Di Sungkai, Perak

Penyamun Berparang Di Muar Diberkas Di Sungkai, Perak

21/12/2024
0

MUAR - Dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata parang di Taman Sri Treh di Muar,...

Lelaki Bawa Daun Ketum Ditahan Selepas Larikan Diri Sejauh 15 KM

Lelaki Bawa Daun Ketum Ditahan Selepas Larikan Diri Sejauh 15 KM

26/03/2023
0

JELI : Tindakan seorang lelaki melarikan diri sejauh 15 kilometer (km) sambil membawa daun ketum seberat 560 kilogram (kg) gagal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd