• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM10 Juta Tambah 50 Taska Di Bangunan Kerajaan

oleh
03/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi menambah 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bangunan kerajaan `bagi meringankan bebanan ibu yang bekerja.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan juga akan terus menggalak dan memberikan insentif kepada sektor swasta ke arah memastikan peluang pekerjaan yang saksama bagi wanita.

“Kadar semasa penyertaan wanita dalam tenaga kerja hanya berada pada paras 53.5 peratus bagi tahun 2017 berbanding 77.7 peratus bagi lelaki.

“Daripada jumlah yang tidak bekerja, 60 peratus atau 2.6 juta wanita memaklumkan bahawa bebanan kerja di rumah adalah sebab utama mereka menyertai pasaran kerja,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kerajaan komited meningkatkan penglibatan wanita di peringkat kepimpinan selaras dengan sasaran 30 peratus daripada pembuat dasar dan keputusan.

“Pada masa ini, hampir 36 peratus daripada penjawat awam kumpulan pengurusan tertinggi terdiri daripada wanita,” katanya.

Menurut Lim, kerajaan juga akan menggalakkan penglibatan golongan wanita di peringkat pembuat keputusan sektor swasta memandangkan hanya 23.2 peratus wanita menjadi ahli lembaga pengarah bagi 100 syarikat utama yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Beliau berkata berdasarkan laporan yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Khazanah, jika tahap penyertaan wanita dalam tenaga kerja ditingkatkan sebanyak 30 peratus, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan meningkat antara tujuh hingga 12 peratus. – BERNAMA

Tags: taska
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

03/07/2025
0

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di...

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd