• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan Besar-Besaran 8 Disember Bantah ICERD

oleh Ahmad Albab
18/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPUNG GAJAH – Satu perhimpunan besar-besaran membabitkan penyertaan ahli PAS dan UMNO akan diadakan di ibu negara pada 8 Disember ini bagi membantah cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata perhimpunan itu bertujuan menyatakan bantahan orang Melayu dan Islam terhadap tindakan Kerajaan Persekutuan yang dikatakan mahu meratifikasi atau mengesahkan ICERD.

SEBAHAGIAN orang ramai yang hadir di Himpunan Perpaduan Ummah di Kampung Gajah. – Foto MUHAIZAN YAHYA

“Kita bukan mahu menimbulkan huru-hara tapi mahu membetulkan keadaan. Kita nak buat perhimpunan aman, rakyat majoriti berhak bersuara (membantah ICERD),” katanya berucap pada Himpunan Perpaduan Ummah di pekan Kampung Gajah di sini malam ini.

Kira-kira 30,000 ahli PAS dan UMNO hadir pada perhimpunan yang dihadiri kepimpinan tertinggi kedua-dua parti berkenaan termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Serentak itu, kutipan tabung turut dilancarkan bagi membiayai perhimpunan pada 8 Disember ini.

Bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, dilaporkan menyatakan kerajaan akan meratifikasi atau mengesahkan enam bentuk perjanjian antarabangsa termasuk ICERD dalam suku pertama tahun depan.

Bagaimanapun, semalam, Waytha dipetik sebagai berkata kerajaan masih tiada kata putus berhubung hasrat meratifikasi konvensyen berkenaan dan sesi mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada semua pihak berkaitan perkara itu akan dimulakan pada Januari depan.

Abdul Hadi berkata, berdasarkan sejarah, PAS dan UMNO akan bersatu apabila ada kepentingan bersama terutama membabitkan isu orang Islam dan Bumiputera.

Beliau memberi contoh, Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra dan Presiden PAS, Dr Burhanuddin al-Helmy berkongsi pentas di Melaka bagi menuntut kemerdekaan, begitu juga selepas peristiwa 13 Mei 1969 apabila PAS bersama UMNO dan parti komponen lain membentuk Barisan Nasional (BN).

Katanya, UMNO, PAS, MCA dan MIC sama-sama membentuk Perlembagaan Negara yang antara lain mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan dan hak istimewa orang Melayu.

Bagaimanapun, katanya, sekarang ada pemimpin kerajaan yang baru ‘setahun jagung’ memegang jawatan mahu cuba membawa unsur luar yang menghakis inti pati Perlembagaan dan menuduh pula orang yang menentang ICERD sebagai tidak faham perkara itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata UMNO akan menyokong perhimpunan pada 8 Disember ini dan mahu perhimpunan ummah yang menggabungkan ahli UMNO dan PAS diadakan di setiap negeri di Semenanjung.

Katanya, jika tiada pengisytiharan daripada kerajaan untuk menolak ICERD, orang Melayu di seluruh negara akan bangkit bagi menentang perkara berkenaan.

Beliau berkata, dalam kamus Inggeris, perkataan ‘amuk’ dipinjam daripada bahasa Melayu yang menunjukkan bahawa orang Melayu boleh mengamuk jika hak mereka dicabar.

“Insya-Allah, kita bercantumlah, kita ketepikan perbezaan antara kita, atas nama Melayu, Islam, Malaysia, Bumiputera Sabah dan Sarawak (bantah ICERD),” katanya. – BH ONLINE

Tags: ICERDPerhimpunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

12/03/2023
0

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung pengajuran perhimpunan dan perarakan sempena Hari Wanita 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi...

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

24/11/2022
0

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong dan anggota parti serta Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd