• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Kes Najib Diadakan Di Mahkamah KL

oleh Cj Mnh
27/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram akan diadakan di mahkamah di Kuala Lumpur.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah berkata bilik-bilik mahkamah di Istana Kehakiman, Putrajaya tidak direka untuk menjalankan perbicaraan.

“Kami tidak akan mengadakannya di sini (Putrajaya),” katanya ketika ditanya media mengenai permohonan pihak pendakwaan untuk menjalankan prosiding perbicaraan bekas perdana menteri itu di mahkamah Putrajaya.

Beliau berkata Peguam Negara juga telah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan turut diminta untuk menghubungi pihak lain yang terlibat.

Hakim Zaharah memberitahu pemberita selepas menghadiri upacara angkat sumpah dan taat setia empat hakim Mahkamah Persekutuan dan lima hakim Mahkamah Rayuan, semalam.

Pada 4 Okt lepas, peguam terkenal Datuk Sulaiman Abdullah yang dilantik oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes itu memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa pihak pendakwaan memohon perpindahan venue perbicaraan.

Sulaiman berkata permintaan itu dibuat bagi memastikan kelancaran perbicaraan kes, termasuk untuk mengelak kesesakan di kawasan mahkamah selain ramai saksi pendakwaan adalah dari kawasan Putrajaya.

Pada 4 Julai lepas, Najib, 65, mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bagi pertuduhan pertama, Najib didakwa sebagai seorang penjawat awam dan ejen, iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Advisor Emeritus SRC International Sdn Bhd (SRC) dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta.

Najib dituduh melakukan perbuatan tersebut di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, di sini antara 24 Dis 2014 dan 29 Dis 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta di tempat dan tarikh sama.

​​​Pertuduhan ketiga, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM10 juta di tempat sama antara 10 Feb 2015 dan 2 Mac 2015, mengikut seksyen serupa.

Pertuduhan keempat, Najib didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila dia telah mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 17 Ogos 2011 dan 8 Feb 2012.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Tinggi menetapkan 12 Feb hingga 28 Feb dan 4 Mac hingga 29 Mac tahun depan untuk perbicaraan. – BERNAMA

Tags: mahkamah KLperbicaraan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Bermula Hari Ini

Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Bermula Hari Ini

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes penyanyi dan pelakon, Naim Daniel yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia...

Bicara Zayn Rayyan Bermula Isnin Depan

Bicara Zayn Rayyan Bermula Isnin Depan

28/01/2025
0

Petaling Jaya: Perbicaraan kes ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin yang didakwa atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd