• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perang Dagang AS-China Diharap Manfaat Malaysia

oleh
07/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Malaysia mengikuti rapat perkembangan dunia susulan perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang diharap dapat memberi manfaat kepada negara ini dari segi peluang ekonomi, kata Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri, antara impak itu termasuk kenaikan kos produk China di AS serta kemungkinan syarikat berkaitan China berpindah ke lokasi lain seperti di Malaysia yang tidak tertakluk kepada sekatan AS.

“Walaupun kita berharap syarikat itu akan berpindah ke Malaysia, namun kita juga melihat krisis kali ini memberi kesan amat negatif. Perang perdagangan ini tidak menyelesaikan sebarang masalah, sebaliknya mencetuskan banyak masalah serta menjejaskan ekonomi, bukan hanya untuk negara terbabit tetapi dunia secara keseluruhannya,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sesi dialog Persidangan Bersama ke-36 Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca)-Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) serta program Forum Perniagaan Malaysia di sini, hari ini.

Acara itu merupakan antara agenda Dr Mahathir pada hari kedua daripada lawatan tiga harinya ke Jepun.

Selain itu, beliau turut berharap untuk melihat lebih banyak usaha sama antara Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia dan Jepun walaupun menyedari kekangan yang dihadapi oleh kedua-dua pihak berkenaan.

“Berbeza daripada syarikat yang lebih maju, PKS ternyata agak asing dengan pelaburan asing. Oleh itu, kita akan pastikan mereka yang berdepan masalah itu dapat dibantu untuk menangani halangan sedemikian,” katanya.

Pada sesi itu, Dr Mahathir turut menyentuh keperluan Malaysia memastikan rakyatnya memiliki kemahiran dalam bidang tertentu.

“Kita perlu mendapatkan mereka yang mahir dalam pengetahuan baharu. Pasti ada pekerja serta pengurus yang mahir dengan industri baharu ini,” katanya.

Mengulas prospek ASEAN, Perdana Menteri berkata rantau itu memiliki potensi besar dengan penduduk seramai 600 juta orang yang merupakan jumlah ketiga terbesar di dunia.

“Saya percaya ASEAN mampu menangani kesukaran dan mempunyai dasar yang boleh memanfaatkan sepenuhnya potensi di peringkat negara masing-masing. Sumber kita amat besar, namun pentadbiran lebih bertumpu kepada domestik berbanding operasi di peringkat serantau,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata walaupun penting bagi Malaysia memiliki ekonomi yang pelbagai, namun negara ini juga mahu melonjakkan keupayaan industri dan pembuatan tanpa meminggirkan bidang pertanian dan perikanan. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd