• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Bakal Jadi Hab Sukan,Sukan Ekstrem Di Peringkat Antarabangsa

oleh
04/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Kerajaan negeri Perak telah merangka misi untuk menjadikan negeri itu sebagai hab sukan dan sukan ekstrem bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah di persada antarabangsa.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata misi itu berikutan kejayaan kerajaan negeri menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 pada September lepas.

“Bagi menzahirkan cita-cita ini, kerajaan negeri akan menjadikan Ipoh sebagai bandar raya sukan dan menubuhkan sebuah perbadanan sukan.

“Selain menggalakkan gaya hidup sihat dan melahirkan lebih ramai bintang sukan bertaraf dunia, ia juga bertujuan memakmurkan ekonomi rakyat melalui aktiviti pelancongan sukan,” katanya dalam sembah ucapan tahniah dan taat setia bersempena ulang tahun ke-62 Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Beliau berkata sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Nazrin Shah bertambah seri dengan kejayaan pasukan bola sepak Perak merangkul kejuaraan Piala Malaysia pada perlawanan akhir menentang skuad Terengganu pada 27 Okt lepas.

Ahmad Faizal berkata pencapaian itu berjaya menamatkan penantian selama 18 tahun untuk muncul sebagai juara Piala Malaysia.

“Pencapaian ini adalah pelengkap kepada kejayaan Perak mempertahankan kejuaraan pingat emas acara bola sepak pada Sukma kali ke-19 untuk kali ketiga berturut-turut,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata sebagai pentadbiran kerajaan negeri yang baharu, beliau selaku menteri besar dan jentera pentadbiran negeri sedang berusaha untuk memenuhi segala harapan menggunung rakyat di negeri ini.

“Hari ini genap 177 hari patik menjunjung amanah pentadbiran negeri yang dinaungi Duli Tuanku. Sejujurnya sebagai pentadbiran yang baharu, patik dan jentera pentadbiran negeri sedang berusaha untuk memenuhi segala harapan menggunung sekalian warga.

“Sebagai insan biasa, dalam tempoh bertatih ini adakalanya patik sekalian tidak terlepas daripada kekhilafan. Dengan berkat sokongan daripada penjawat awam yang menjadi tulang belakang kepada pentadbiran ini, patik sekalian sedang melangkah dalam satu derap dan nada untuk mengembalikan kegemilangan negeri tercinta ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Faizal Azumu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

03/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd