• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Siaran TV Digital Dijangka Selesai

oleh Ahmad Albab
22/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata penyelesaian berhubung isu gangguan perkhidmatan ujian televisyen digital MYTV yang sedang berlaku diharap dapat dicapai minggu depan.

Beliau berkata proses rundingan antara MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) dan Telekom Malaysia (TM) bagi menyelesaikan isu itu menunjukkan hasil memberangsangkan.

“Saya sudah arahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk cuba selesaikan masalah ini melalui rundingan antara MYTV dan TM dan saya dimaklumkan proses itu telah menunjukkan hasil.

“Mungkin isu ini dapat selesai seminggu dua ni, tetapi kita perlu penetapan had masa. Saya harap penyelesaian ini dapat dicapai minggu depan, kalau tidak saya selaku menteri akan cuba berjumpa kedua-dua pihak.

“Ini untuk melihat bagaimana perkara ini nak diselesaikan supaya dapat maju ke depan,” katanya semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau jawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) berhubung langkah segera yang diambil kementerian dalam selesaikan masalah penggantungan siaran televisyen digital MyTV yang berlaku di beberapa negeri.

Menurut Gobind, gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan beberapa isu komersial yang masih dalam rundingan antara pihak MYTV dan TM.

Menteri itu berkata MYTV telah mengajukan cadangan penyelesaian untuk pertimbangan pihak TM.

“MCMC kini sudah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan kedua-dua belah pihak ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapi seberapa segera,” katanya.

Menurut Gobind, buat masa ini rakyat masih boleh menonton rancangan televisyen yang disediakan oleh perkhidmatan televisyen percuma di platform analog.

“MCMC sedang memantau secara rapi gangguan siaran ujian perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital (DTT) yang berlaku secara berperingkat sejak 11 Okt lalu.

“Siaran ujian perkhidmatan DTT di bawah jenama `myFreeview’ menyiarkan 13 saluran televisyen dan empat saluran radio secara percuma oleh penyiar kerajaan dan swasta yang terdiri daripada RTM, Media Prima Berhad, Bernama TV, TV AlHijrah dan Channel W,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gobind Singh DeoMYTV
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gobind Dakwa 5,000 Hadir Program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP

Gobind Dakwa 5,000 Hadir Program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP

26/04/2026
0

PUCHONG - Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo mendakwa lebih 5,000 orang menghadiri program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP Bandar...

DAP Bina Malaysia Yang Bersatu, Kuat Dan Berjaya – Gobind

DAP Bina Malaysia Yang Bersatu, Kuat Dan Berjaya – Gobind

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo menyeru seluruh ahli dan penyokong parti itu untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd