• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pentaksiran Murid Tahun 1, 2, 3 Tumpu Perkembangan Pelajaran

oleh
04/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bermula tahun depan, bentuk pentaksiran bagi murid tahun satu, dua dan tiga (tahap satu) akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran dan tidak lagi berorientasikan peperiksaaan.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin dalam kenyataan hari ini berkata pentaksiran alternatif itu merujuk kepada pelbagai aktiviti selain peperiksaan untuk menilai penguasaan dan mengesan perkembangan pembelajaran murid.

Beliau berkata pentaksiran alternatif dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti seperti perbincangan, persembahan, kerja projek, tugasan, amali, pemerhatian, portfolio, pameran dan kuiz.

“Pentaksiran ini selaras dengan kaedah Pembelajaran Abad ke-21 yang berteraskan elemen kolaborasi, kreativiti, komunikasi, pemikiran kritikal dan nilai,” katanya.

Menjelas lanjut, katanya pentaksiran alternatif itu juga seiring dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang merupakan satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang fokus kepada perkembangan dan kemenjadian murid secara holistik.

Menerusi pentaksiran itu, Amin berkata guru akan digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti pengajaran berbeza dan pengajaran pemulihan mengikut tahap keupayaan murid.

“Hasil pentaksiran boleh membantu guru dan ibu bapa untuk menilai dan menambah baik pembelajaran murid,” katanya.

Amin berkata pentaksiran alternatif itu boleh mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih menyeronokkkan dan bermakna untuk murid berbanding peperiksaan formal.

Katanya ini membolehkan guru memberikan lebih perhatian kepada penerapan nilai kasih sayang. kegembiraan dan hormat-menghormati dalam memantapkan pembangunan sahsiah dan karakter murid.

“Di samping itu, penglibatan ibu bapa juga adalah penting dalam usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kurang tekanan kepada murid pada peringkat awal usia persekolahan,” katanya.

Amin berkata pembelajaran pada tahap satu sekolah rendah amat penting sebagai asas untuk murid mengoptimumkan perkembangan dan pertumbuhan mereka pada tahap pembelajaran seterusnya. – BERNAMA

Tags: murid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd