Tuesday, July 16, 2024

Creating liberating content

KAFA Akan Buat Rayuan...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan membuat rayuan terhadap Kerjasama...

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun...

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI)...

Kedudukan Anwar Lebih Tinggi...

KUALA LUMPUR - Tiada mana-mana parti dalam Pakatan Harapan termasuk PKR dan PPBM...

Sanusi Mohon Maaf Kepada...

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuat...

Peniaga, Ejen Insurans Beri Suapan, Dijel 1 Hari Dan 3 Hari

JOHOR BAHRU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara sehari dan tiga hari serta denda RM10,000 masing-masing terhadap seorang peniaga dan seorang ejen insurans setelah mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan memberi suapan kepada penjawat awam di Kluang dan Johor Bahru pada September dan Ogos tahun ini.

Hakim Kamarudin Kamsun turut memerintahkan kedua-dua tertuduh, Chung (Chang) Kok Yeow, 68, dan Daniel Chew Zen Yuen, 32, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan, Chung dituduh memberi suapan bernilai RM500 kepada seorang pembantu penguat kuasa pada kira-kira pukul 12 tengah hari 3 Sept di Pejabat Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

Suapan itu sebagai dorongan untuk memberikan tempoh masa lebih panjang kepadanya untuk membersihkan pusat pengumpulan barang lusuh di sebuah premis di Sri Lalang, Kluang. (Dia sebelum itu diberi tempoh sehingga 9 pagi 4 Sept).

Daniel pula didakwa memberi suapan bernilai RM100 kepada seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan pada kira-kira 2 pagi 22 Ogos di Jalan Tun Abdul Razak menghala ke Skudai di sini.

Suapan itu sebagai dorongan agar anggota terbabit tidak mengambil tindakan ke atas dirinya setelah didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam melaksanakan tugasnya (enggan memberikan kerjasama kepada polis sewaktu pemeriksaan dilakukan terhadap keretanya).

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, mana lebih tinggi.

Terdahulu, ketika menjatuhkan hukuman tersebut, Kamarudin sempat menasihati kedua-dua tertuduh agar tidak mengulangi perbuatan mereka.

“Pesan juga kepada kawan-kawan jangan buat (beri rasuah),” katanya.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang peniaga lain mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan memberikan suapan kepada penjawat awam pada Mac tahun ini dan memohon dibicarakan.


Mengikut kertas pertuduhan, Cheong Siau Ming, 50, didakwa memberi suapan bernilai RM500 kepada seorang pembantu penguat kuasa pada kira-kira 11 pagi 20 Mac di Pejabat Jabatan Penguat Kuasa MPK.

Suapan itu sebagai dorongan agar pembantu penguat kuasa itu tidak mengambil tindakan dan melindungi premisnya daripada tindakan undang-undang setelah didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Cheong juga didakwa menawarkan suapan RM500 secara bulanan kepada Ketua Penguat Kuasa MPK sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan dan melindungi premisnya daripada tindakan undang-undang kerana kesalahan sama.

Cheong juga didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Dis sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pegawai Pendakwa SPRM, Mohamad Anis Redza melakukan pendakwaan dalam ketiga-tiga kes. Daniel diwakili peguam Datuk Mandeva Singh Hill manakala dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori