• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendarahan Teruk, Akma Hilang Anak Dikandung

oleh Cj Mnh
09/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akur ketentuan Tuhan, bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, Akma Abdullah yang hamil tiga bulan, reda kandungannya, gugur, Sabtu lalu.

Menceritakan detik cemas itu, Akma dalam berat hati memberitahu, hasrat menimang anak ketiga tidak kesampaian apatah lagi kandungannya tidak memberi sebarang masalah pada awal kehamilan.

“Jika diikutkan, tidak ada apa-apa yang berlaku sebelum ini… Semuanya tampak normal.

“Cuma memang saya rasa, kehamilan kali ini berbeza daripada dua anak yang terdahulu. Saya alami sakit kepala yang teruk…

Ketika itu, saya kurang pasti apakah kesakitan itu menjadi petanda,” katanya kepada BH Plus.

Akma berkata, pening kepala berlarutan menjadi demam terutama pada waktu malam.

“Ketika itu, saya hanya mengambil ubat sendiri tanpa berjumpa doktor,” katanya.

Berkongsi insiden keguguran, Sabtu lalu, Akma berkata, dia mengalami kesakitan teruk pada kira-kira jam 2 pagi.

“Sakit yang dirasakan umpama saya hendak melahirkan anak… Macam ada yang tidak kena.

“Lalu suami segera membawa saya ke hospital dan dimasukkan ke wad kecemasan sementara menunggu wad disediakan dan ubat-ubatan,” katanya.

Terus bercerita, Akma berkata, dalam proses itu, dia mengalami pendarahan yang teruk.

“Ketika itu, saya mengeluarkan janin dan uri secara semula jadi,” katanya.

Akma berkata, anak ketiganya itu dikebumikan selepas selesai semua urusan, pada hari sama.

Berkongsi perasaan kehilangan zuriat, Akma mengaku sering teringat kejadian itu.

“Biasanya pada waktu malam, ingatan saya kembali kepadanya.

“Mujur saya sudah ada dua anak yang membesar di sisi sepanjang masa,” katanya.

Akma atau nama penuhnya, Asiahtunakma Abdullah ini bernikah dengan Farih Hamshi Mohamad Fatmi pada 30 Jun 2012 di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), di sini. – BH Online

Tags: Akma AFkeguguran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Hukum Pegawai Selepas Wanita Keguguran Di Luar Hospital

06/01/2022
0

BEIJING: Pegawai hospital di bandar Xi'an yang menyebabkan seorang wanita mengandung lapan bulan, keguguran selepas menghalang mangsa memasuki premis berkenaan...

Terlalu Aktif, Fasha Sandha Keguguran

10/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Hanya sempat menikmati seketika debaran untuk kembali menimang cahaya mata, Fasha Sandha akur menerima kenyataan pahit apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd