• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendapatan LGE Paling Tinggi Dalam Senarai SPRM

oleh
01/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HEBAT… Lim Guan Eng mendahului 47 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dalam senarai terkini perisytiharan harta yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Setiausaha Agung DAP itu mengisytiharkan pendapatannya berjaya cecah RM86,464.43 pada 10 Oktober lalu, diikuti jauh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mempunyai sebanyak RM77,629.68.

Ini diekori rapat Pengerusi PH dan PPBM yang juga Perdana Menteri dengan usia tertua dalam sejarah dunia, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila sekadar berada di tempat ke-3 dengan pendapatan berjumlah RM75,861.57.

Dalam pada itu, pendapatan Ahli Parlimen Petaling Jaya yang juga bekas Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dinyatakan sebagai ‘paling rendah’ dalam kalangan Ahli Parlimen parti pemerintah tersebut, iaitu RM21,000.

Senarai SPRM itu bagaimanapun tidak menyatakan jenis pendapatan atau kekerapannya, dengan beberapa Ahli Parlimen mengisytiharkan pendapatan yang digabungkan bersama-sama pasangan dan anak mereka.

Pada kelaziman, seorang Ahli Parlimen hanya mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM25,700, termasuk elaun, kos pengangkutan dan telefon serta untuk menghadiri pelbagai mesyuarat rasmi yang ditetapkan.

Sementara itu, Maria ketika dihubungi portal berita FMT berkata, sumber pendapatan beliau hanya sebanyak RM21,000 dinyatakan SPRM adalah berdasarkan apa yang beliau terima pada Mei dan Jun lalu.

Ahli Parlimen PH lain dalam senarai perisytiharan harta seperti berikut:

1. Chow Kon Yeow (RM73,576.15)
2. Tan Sri Muhyiddin Yassin (RM72,276.37)
3. Teresa Kok (RM68,142.66)
4. Datuk Mohammaddin Ketapi (RM67,483.43)
5. Datuk Mansor Othman (RM60,719.00)
6. Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (RM59,065.39)
7. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (RM59,048.33)
8. Gobind Singh Deo (RM58,100.98)
9. Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh (RM56,496.31)
10. Datuk Ngeh Koo Ham (RM55,908.33)
11. Datuk Amiruddin Hamzah (RM55,112.00)
12. Dr Xavier Jayakumar (RM53,736.49)
13. Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (RM53,736.48)
14. Datuk Saifuddin Abdullah (RM52,504.48)
15. Zuraida Kamaruddin (RM51,236.48)
16. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (RM50,253.88)
17. Dr Lee Boon Chye (RM47,000)
18. Ong Kian Ming (RM41,500)
19. Pang Hok Liong (RM39,231)
20. Hannah Yeoh (RM37,882.88)
21. RSN Rayer (RM37,800)
22. Hanipa Maidin (RM36,262.89)
23. Steven Sim (RM35,122.89)
24. Datin Paduka Tan Yee Kew (RM34,772.82)
25. Datuk Liew Vui Keong (RM33,736.48)
26. Chan Ming Kai (RM32,000)
27. Teh Kok Lim (RM31,803)
28. Hasan Bahrom (RM31,700)
29. Tony Pua (RM30,600)
30. Hassan Abdul Karim (RM29,700)
31. Cha Kee Chin (RM29,700)
32. Wong Chen (RM29,200)
33. Alice Lau Kiong Yieng (RM28,700)
34. Willie Anak Mongin (RM26,450)
35. Nik Nazmi Nik Ahmad (RM25,900)
36. Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (RM25,700)
37. Wong Hon Wai (RM25,700)
38. Tan Kok Wai (RM25,700)
39. Khoo Poay Tiong (RM25,700)
40. Syed Ibrahim Syed Noh (RM25,700)
41. Steven Choong Shiau Yoon (RM25,600)
42. Noorita Sual (RM24,500)
43. Wong Shu Qi (-)
44. P Waytha Moorthy (-)

Tags: Lim Guan EngSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd