Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Anak Pukul Ibu Guna...

SIAPA sangka anak yang dikandung selama sembilan bulan, diasuh dan dididik akhirnya menjadi...

Peruntukan Bagi TVET Belum...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Nurul...

Nyawa Melayang Selepas Ambil...

DENPASAR - Seorang warga Singapura berusia 23 tahun meninggal dunia dalam keadaan tragik...

Kapal LCS: Tambahan RM2...

KUALA LUMPUR : Pertambahan peruntukan tambahan RM2 bilion bagi projek kapal tempur pesisir...

Pencemaran Plastik Di Laut Ancam ‘Fish & Chips’ Britain

LONDON – Juadah istimewa Britain, ‘fish and chips’ kini semakin terancam susulan pembuangan sisa plastik di dalam laut yang membahayakan kehidupan marin.

Pertubuhan perlindungan alam sekitar ternama Britain, Plastic Oceans UK dengan bantuan restoran ‘fish and chips’ di Blackburn menyediakan juadah kegemaran ramai itu menggunakan plastik berbentuk ikan, berbanding ikan kod, iaitu ramuan utama makanan terbabit.

“Jumlah plastik yang berada di laut bukan sahaja mengancam masa depan ikan tetapi juga manusia. Jika keadaan ini berterusan, juadah kegemaran negara itu akan terhapus dan kita bakal berdepan satu malapetaka,” kata pengarah teknikal Plastic Oceans UK, Geoff Brighty.

Kempen ‘FutureFishandChips’ itu adalah usaha terbaru di peringkat global oleh kumpulan perlindungan alam sekitar berkenaan yang turut mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Susulan kempen, jenama terkemuka dunia seperti Coke dan Kellogs berikrar menghentikan pengeluaran sisa plastik dari operasi mereka khususnya selepas berdepan tekanan orang ramai.

“Jika anda teliti sisa buangan plastik yang berada dalam sekitar kita, ia dijangka meningkat sehingga 20 juta tan menjelang 2030 dan akan berada di dalam laut malah kesan pada pantai dan industri perikanan boleh dilihat dari sekarang,” kata Brighty.


“Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan ia akan turut memberi kesan kepada jumlah dan bekalan ikan jika perbuatan ini tidak dihentikan sekarang,” katanya.

Pelanggan yang diberikan juadah ikan plastik itu pada mulanya menjadi berang namun akhirnya menyambut baik kempen terbabit selepas diberi penjelasan.

“Anda menonton televisyen, melayari media sosial dan melihat sisa plastik mencemarkan lautan namun sehingga ia dihidangkan sendiri pada anda, itu semua tidak memberi kesan. Kempen ini membuka mata kita semua,” kata seorang pelanggan. – Reuters

Kategori